Bagaimana untuk menerima pesanan DuitNow QR

Jumaat, 30 Okt 2020

Baharu!
Penumpang dibenarkan menempah perjalanan mereka dengan DuitNow QR.

Jangan risau, tambang yang dibayar secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam 2 hari bekerja. 

Anda boleh Keluar Tunai / Tambah Nilai, lihat di sini untuk panduan.

Bagaimana untuk menerima pesanan DuitNow QR

Skrin 1:

Skrin 2:

Penting:

Tunjukkan DuitNow QR (Lanyard) anda kepada Penumpang untuk melakukan pengimbasan pembayaran.

*Penumpang mengimbas Kod QR DuitNow anda

Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima pemberitahuan SMS pembayaran mengenai status pembayaran.

*Tambang perjalanan akan dimasukkan ke dalam akaun Bank anda dalam 5 hari bekerja.

Setelah Pembayaran selesai, slaid Teruskanuntuk menamatkan perjalanan.

Bagaimana untuk menerima pesanan EzDelivery

Rabu, 15 Apr 2020

Bagaimana untuk menerima pesanan EzDelivery

 

Gambaran Keseluruhan:
a. Jumlah tambang - bayaran penghantaran.
b. Jenis perkhidmatan & Bayaran dibayar oleh - Dapatkan bayaran dari Pengirim.
c. Lokasi pengambilan - Ini menunjukkan alamat Pengirim.
d. Lokasi Penurunan - Ini menunjukkan alamat Penerima

Langkah 1

Slaid Sudah Naik selepas mendapat barangan pengirim.

Langkah 2

Slaid Turun Penumpang selepas menghantar barangan kepada penerima.

Langkah 3

Siap Nilai penumpang anda.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hantarkan e-mel kepada kami di driversupport@ezcab.com.my.

Penyusunan Baru Tempat Pengambilan & Penurunan e-hailing di Lapangan Terbang Malaysia

Khamis, 1 Ogos 2019

Penyusunan Baru Tempat Pengambilan & Penurunan e-hailing di Lapangan Terbang Malaysia

Dikawal oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Sila tekan butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut

Tempat Pengambilan E-Hailing yang baru di KLIA

Dimaklumkan bahawa tempat pengambilan penumpang yang baru untuk Lapangan Terbang Kuala Lumpur iaitu Lapangan Terbang Antrabangsa (KLIA) & Lapangan Terbang Antrabangsa 2 (KLIA2) akan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019.

Terdapat dua (2) lorong di KLIA

  • Lorong di Dalam - Untuk Teksi Bermeter sahaja. (Penumpang keluar dari Tingkat 1, Pintu 1 & Pintu 2) 
  • Lorong di Luar - Untuk pengambilan E-Hailing sahaja. (Penumpang keluar dari Tingkat 1, Pintu 3 & Pintu 4)

Penyusunan Baru Tempat Penurunan E-Hailing di KLIA

Penumpang dan Pemandu perlu mengambil perhatian terhadap tempat penurunan e-hailing di KLIA:

Tempat Pengambilan E-Hailing yang baru di KLIA2

E Lane (Lorong E-Hailing Operasi Standard Prosedur)

  • Kenderaan e-hailing hendaklah berhenti di pintu masuk untuk pengesahan sebelum dibenarkan masuk dikawasan pengambilan penumpang.

Cara-cara:

Arah Jalan:

1. Bersedia memandu di lorong kiri.

2. Masuk di lorong Bas/Teksi/Motosikal.

3. Memandu terus ke zon pengambilan ehailing bersebelahan NZ Curry House.

4. Kekal di lorong untuk masuk ke zon pengambilan ehailing.

5. Masuk di lorong kanan dan mengesahkan identiti di Marshal bertugas.

6. Marshal yang mengesahkan identiti pemandu ehailing.

7. Menuju ke arah kotak zon pengambilan yang dikhaskan untuk pemandu ehailing.

8. Menunggu penumpang di zon pengambilan. Ruang kotak tersedia hanya untuk 8 pemandu dan minima menunggu dihadkan 5 minit sahaja.

Kawasan Penumpang Menunggu

Beri Tips untuk Pemandu

Isnin, 22 Jul 2019

Tip- Satu tanda penghargaan untuk Pemandu!

 

Tip- Satu tanda penghargaan untuk Pemandu!

Tip - Wang tambahan yang diberikan oleh Penumpang kepada anda sebagai tanda penghargaan selain tambang tetap yang tersedia.

Penumpang bukannya diwajibkan untuk memberi tip kepada setiap Pemandu, Tip akan dipaparkan di sini sepenuhnya berdasarkan kemampuan Penumpang. (Jika Ada)

Driver Soalan Lazim

Jumaat, 31 Mei 2019

Soalan Lazim

Sila tekan butang dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

  Lesen Vokasional E-Hailing (PSV)

Lesen PSV adalah sejenis lesen pemanduan vokasional yang membolehkan pemegangnya untuk memandu sebarang jenis kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang seperti teksi.
Kos maksima bagi lesen PSV ialah RM200. Ini termasuk latihan 6-jam yang diperlukan (maksima RM190) dan pendaftaran ujian PSV (RM10)
Ya. Pemandu WAJIB mempunyai lesen PSV sebelum mendaftar sebagai rakan pemandu EzCab.
Pemandu perlu pergi ke Institut Memandu untuk mendaftar.
Ya. Pihak EzCab akan membantu pemandu untuk mendaftar dan mendapatkan lesen PSV sebelum 12 Oktober 2019. Selepas 12 Oktober, permohonan ePSV tidak lagi disediakan.
Tidak. Sebagai pemandu teksi yang sedia ada, anda boleh menggunakan lesen PSV sedia ada untuk E-Hailing.

  Pemeriksaan Kesihatan

Dimana-mana klinik kerajaan atau swasta yang berdekatan.
Kos purata pemeriksaan perubatan ini ialah RM40 – RM50 (bergantung pada jenis klinik).
Bawa borang JPJL8A dan lengkapkan borang dibahagian I,II dan III seksyen F. Pastikan anda dapatkan slip bayaran dan cop pakar perubatan sebagai bukti pemeriksaan kesihatan telah dilakukan.
Ya. Anda perlu melengkapkan semua bahagian borang sebelum mendaftar ke kursus latihan PSV.

  PUSPAKOM

Kad Pendaftaran Kenderaan yang asal dan salinan
Sijil Pemilikan Kenderaan yang asal dan Salinan
Alat pemadam api 1kg
Isyarat Kecemasan Segitiga Standard
Alat Pertolongan Cemas (bagi kenderaan muatan melebihi 7 penumpang sahaja)
Semua kereta yang digunakan untuk E-Hailing perlu mempunyai penarafan ASEAN NCAP minima tiga (3) bintang atau yang setaraf dan perlu kurang daripada 10 tahun.
Tidak. Hanya kereta yang melebihi tiga (3) tahun sahaja perlu melalui pemeriksaan ini.
Pemeriksaan Awalan (Kali Pertama) Pemeriksaan Berkala (Tahunan) Pemeriksaan Semula (Jika Gagal)
RM 70 RM 55 RM 25
a) Semak pengenalan kenderaan.
b) Luaran dan dalaman kenderaan.
c) Pemeriksaan pendaratan.
d) Pemeriksaan e-hailing

Sila rujuk disini untuk senarai periksa terperinci.

  Insurans Tambahan E-Hailing

Insurans e-hailing adalah tambahan kepada insurans motor persendirian anda. Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing.
Anda perlu merujuk kepada syarikat insurans yang digunakan untuk insurans motor persendirian anda.
Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing. Ini turut meliputi kehilangan atau kerosakan kenderaan, liabiliti untuk penumpang dan pihak ketiga, dan juga sebagai perlindungan kemalangan semasa anda sedang beroperasi sebagai pemandu e-hailing.
Anggaran bayaran untuk insurans e-hailing adalah RM400 setahun.

Pemandu boleh mengambil insurans tambahan yang disenaraikan seperti dibawah.

No. Insurance Company Website Link
1 Allianz Malaysia Berhad https://www.allianz.com.my/e-hailing-add-on
2 AXA Insurance SmartDrive https://www.axa.com.my/smartdrive-sharing
3 Berjaya Sompo Insurance Berhad https://www.berjayasompo.com.my/collection/motor
4 Chubb Malaysia Insurance https://www.chubb.com/my-en/personal/e-hailing-cover.aspx
5 Etiqa Insurances Berhad http://www.etiqa.com.my/en/takaful-private-car-driver-and-passenger
6 Kurnia Insurance https://www.kurnia.com/private-hire-car-e-hailing-endorsement
7 MSIG Malaysia https://www.msig.com.my/personal-insurance/products/e-hailing/
8 Tokio Marine Insurances Group https://www.tokiomarine.com/my/en/personal/protect/motor/private-hire-car.html

  Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)

Pengendali E-hailing (EHO) perlu memohon EVP untuk melantik rakan-pemandu ke dalam platform.
Rakan Pemandu perlu mendapatkan Permit Kenderaan E-hailing (EVP). Anda perlu menghantar lesen PSV dan butiran kenderaan anda kepada kami dalam borang permohonan EVP di sini. EzCab akan memohon kepada APAD untuk EVP bagi pihak rakan-pemandu kami.
Ya. Setiap EHO akan mengeluarkan satu (1) EVP kepada Rakan Pemandu. Jika anda memandu dengan 3 EHOs, jumlah EVP yang anda akan terima ialah tiga (3).

  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Ya. Kenderaan persendiriaan yang digunakan untuk tujuan perkhidmatan e-hailing akan ditukarkan kod ‘AH’ secara automatik oleh JPJ setelah mendapat eVP.
  • Layari portal JPJ: http://bit.ly/31S0Hjz.
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan diri.
  • Ambil gambar tangkap skrin butiran peribadi dan keputusan ujian.

Langkah-langkah semak keputusan ujian.

Langkah 1: Masukkan nombor kad pengenalan diri.

Langkah 2: Tangkap skrin butiran peribadi.

Langkah 3: Tangkap skrin keputusan ujian.

Untuk maklumat terkini, anda boleh layari portal JPJ, APAD dan PUSPAKOM.

JPJ: http://www.jpj.gov.my/

APAD: http://www.apad.gov.my/ms

PUSPAKOM: http://www.puspakom.com.my/?lang=ms

atau Email kepada driversupport@ezcab.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari Garis Panduan Pemandu E-Hailing

Garis Panduan Pemandu EHailing

Dikemaskini: 9 Oktober 2019

#BukitSamaDidaki

EzCab: Panduan Pemandu E-Hailing

"Berkuatkuasa 12 Oktober 2019, rakan-rakan pemandu EzCab WAJIB memenuhi syarat untuk menjadi pemandu e-hailing yang sah seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia"

 

Sila tekan butang dibawah untuk maklumat Pemandu E-Hailing lebih lanjut.

1. Carta Aliran E-Hailing

Carta untuk rujukan garis panduan untuk pemandu mendapatkan Lesen Memandu E-Hailing yang sah.

Untuk maklumat terkini, anda boleh layari portal JPJ, APAD dan PUSPAKOM.

JPJ: http://www.jpj.gov.my/

APAD: http://www.apad.gov.my/ms

PUSPAKOM: http://www.puspakom.com.my/?lang=ms

atau Email kepada driversupport@ezcab.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim

2. Langkah-langkah penting menjadi Pemandu E-Hailing

Untuk maklumat terkini, anda boleh layari portal JPJ, APAD dan PUSPAKOM.

JPJ: http://www.jpj.gov.my/

APAD: http://www.apad.gov.my/ms

PUSPAKOM: http://www.puspakom.com.my/?lang=ms

atau Email kepada driversupport@ezcab.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim

PANDUAN MESEJ PEMANDU

Selasa, 19 Feb 2019

PANDUAN MESEJ PEMANDU

Hai Rakan Pemandu,
Kami sangat teruja untuk memberitahu bahawa EzDriver kini mempunyai ciri-ciri dalam aplikasi untuk mesej!
Kami mendengar anda!
Kini anda mudah untuk berkomunikasi dengan penumpang hanya dalam aplikasi dengan ciri-ciri mesej yang terbaru.
Kini tersedia untuk anda, sangat Ez dan Mudah!

Nota: Kemaskini aplikasi EzDriver anda kepada versi yang terbaru untuk mendapatkan ciri-ciri mesej ini.

Langkah 1

Klik butang “” untuk menerima tempahan.

Langkah 2

a. Klik "" untuk menghubungi penumpang.

b. Klik "" untuk berkomunikasi dengan penumpang.

Langkah 3

a. Fungsi Mesej : Taip mesej anda kepada penumpang.

ATAU

b. Pilih mesej pilihan anda kepada penumpang.

c. Klik "" untuk hantar.

Langkah 4

Menutup ruang mesej
Klik "" untuk keluar dari ruang mesej.
* Sejarah mesej akan terpadam selepas mengambil penumpang.

Notifikasi Mesej

a. Notifikasi akan keluar melalui skrin atas.

b. Notifikasi kecil berwarna merah akan dipaparkan untuk memberitahu pemandu bahawa boleh klik dan buka semula mesej.

Bagaimana Untuk Menukar Cara Pembayaran

Rabu, 19 Sep 2018

Bagaimana Untuk Menukar Cara Pembayaran

Semasa sampai destinasi, jika penumpang membuat keputusan untuk bayar dengan cara selain Touch 'n Go (TNG) eWallet (contoh: tunai), sila megikut langkah di bawah untuk menukar cara bayaran.

Step 1

Klik Cara Pembayaran.

Step 2

Pilih cara bayaran yang penumpang ingin mengguna.
* Jika Touch 'n Go (TNG) eWallet mempunyai masalah, baru menukar kepada cara bayaran mengguna tunai.

Step 3

Slaid "TERUSKAN".

Perhatian: Anda hanya boleh terus menerima tunai dari penumpang apabila mereka setuju untuk menukar cara bayaran kepada TUNAI.