Jumaat, 31 Mei 2019

Soalan Lazim

Sila tekan butang dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

  Lesen Vokasional E-Hailing (PSV)

Lesen PSV adalah sejenis lesen pemanduan vokasional yang membolehkan pemegangnya untuk memandu sebarang jenis kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang seperti teksi.
Kos maksima bagi lesen PSV ialah RM200. Ini termasuk latihan 6-jam yang diperlukan (maksima RM190) dan pendaftaran ujian PSV (RM10)
Selepas 12 Julai 2019, baru wajib diberikan. Buat masa sekarang sehingga awal bulan Julai, tidak perlu untuk memberikan maklumat lesen PSV.
Pemandu perlu pergi ke Institut Memandu untuk mendaftar.
Ya. Pihak EzCab akan membantu pemandu untuk mendaftar dan mendapatkan Lesen PSV. Tekan disini untuk permohonan ePSV.
Tidak. Sebagai pemandu teksi yang sedia ada, anda boleh menggunakan lesen PSV sedia ada untuk E-Hailing.

  Pemeriksaan Kesihatan

Dimana-mana klinik kerajaan atau swasta yang berdekatan.
Kos purata pemeriksaan perubatan ini ialah RM40 – RM50 (bergantung pada jenis klinik).
Bawa borang JPJL8A dan lengkapkan borang dibahagian I,II dan III seksyen F. Pastikan anda dapatkan slip bayaran dan cop pakar perubatan sebagai bukti pemeriksaan kesihatan telah dilakukan.
Ya. Anda perlu melengkapkan semua bahagian borang sebelum mendaftar ke kursus latihan PSV.

  PUSPAKOM

Kad Pendaftaran Kenderaan yang asal dan salinan
Sijil Pemilikan Kenderaan yang asal dan Salinan
Alat pemadam api 1kg
Isyarat Kecemasan Segitiga Standard
Alat Pertolongan Cemas (bagi kenderaan muatan melebihi 7 penumpang sahaja)
Semua kereta yang digunakan untuk E-Hailing perlu mempunyai penarafan ASEAN NCAP minima tiga (3) bintang atau yang setaraf dan perlu kurang daripada 10 tahun.
Tidak. Hanya kereta yang melebihi tiga (3) tahun sahaja perlu melalui pemeriksaan ini.
Pemeriksaan Awalan (Kali Pertama) Pemeriksaan Berkala (Tahunan) Pemeriksaan Semula (Jika Gagal)
RM 70 RM 55 RM 25
a) Semak pengenalan kenderaan.
b) Luaran dan dalaman kenderaan.
c) Pemeriksaan pendaratan.
d) Pemeriksaan e-hailing

Sila rujuk disini untuk senarai periksa terperinci.
Untuk maklumat sekarang tidak perlu. Pemandu E-Hailing diberi kelonggaran untuk mengekalkan kategori Kenderaan Persendirian Individu oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

  Insurans Tambahan E-Hailing

Insurans e-hailing adalah tambahan kepada insurans motor persendirian anda. Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing.
Anda perlu merujuk kepada syarikat insurans yang digunakan untuk insurans motor persendirian anda.
Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing. Ini turut meliputi kehilangan atau kerosakan kenderaan, liabiliti untuk penumpang dan pihak ketiga, dan juga sebagai perlindungan kemalangan semasa anda sedang beroperasi sebagai pemandu e-hailing.
Anggaran bayaran untuk insurans e-hailing adalah RM400 setahun.

Pemandu boleh mengambil insurans tambahan yang disenaraikan seperti dibawah.

No. Insurance Company Website Link
1 Allianz Malaysia Berhad https://www.allianz.com.my/e-hailing-add-on
2 AXA Insurance SmartDrive https://www.axa.com.my/smartdrive-sharing
3 Berjaya Sompo Insurance Berhad https://www.berjayasompo.com.my/collection/motor
4 Chubb Malaysia Insurance https://www.chubb.com/my-en/personal/e-hailing-cover.aspx
5 Etiqa Insurances Berhad http://www.etiqa.com.my/en/takaful-private-car-driver-and-passenger
6 Kurnia Insurance https://www.kurnia.com/private-hire-car-e-hailing-endorsement
7 MSIG Malaysia https://www.msig.com.my/personal-insurance/products/e-hailing/
8 Tokio Marine Insurances Group https://www.tokiomarine.com/my/en/personal/protect/motor/private-hire-car.html

  Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)

Pengendali E-hailing (EHO) perlu memohon EVP untuk melantik rakan-pemandu ke dalam platform.
Rakan Pemandu perlu mendapatkan Permit Kenderaan E-hailing (EVP). Anda perlu menghantar lesen PSV dan butiran kenderaan anda kepada kami dalam borang permohonan EVP di sini. EzCab akan memohon kepada APAD untuk EVP bagi pihak rakan-pemandu kami.
Ya. Setiap EHO akan mengeluarkan satu (1) EVP kepada Rakan Pemandu. Jika anda memandu dengan 3 EHOs, jumlah EVP yang anda akan terima ialah tiga (3).

Untuk maklumat terkini, anda boleh layari portal JPJ, APAD dan PUSPAKOM.

JPJ: http://www.jpj.gov.my/

APAD: http://www.apad.gov.my/ms

PUSPAKOM: http://www.puspakom.com.my/?lang=ms

atau Email kepada driversupport@ezcab.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari Garis Panduan Pemandu E-Hailing