KEMASKINI DAN PENAMBAHBAIKAN OPERASI E-HAILING DI KLIA TERMINAL 1
Selasa, 6 Feb 2024
KEMASKINI DAN PENAMBAHBAIKAN OPERASI E-HAILING DI KLIA TERMINAL 1
Kemaskini sistem kemasukkan ke tempat pengambilan penumpang di Aras 1, Main Terminal Building KLIA1 akan mula beroperasi dan berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1hb Februari 2024.
Perkara yang telah dikemaskini adalah seperti di jadual bawah:
Perkara | Sebelum Penambahbaikan | Selepas Penambahbaikan | ||
Minimum Baki Kad (Sewaktu Kemasukan) | Dengan baki minimum kad Touch 'n Go sebanyak RM20 | Tiada minimum baki kad diperlukan. | ||
Cara Pembayaran | Menggunakan kad Touch 'n Go sahaja. | Menggunakan semua mod pembayaran seperti kad debit, kad kredit, Touch 'n Go, dan Touch 'n Go e-wallet | ||
Masa | 0-5 minit: Percuma Setiap 5 minit berikutnya: RM10 | 0-7 minit: percuma Setiap 5 minit berikutnya: RM10 | ||
Sistem | Menggunakan sistem pengimbas kad Touch 'n Go sahaja | Menggunakan sistem Licence Plate Recognition (LPR) | ||
Cara Penggunaan | Sentuh kad Touch 'n Go pada pengimbas kad ketika masuk dan keluar dari kawasan mengambil penumpang. | Sentuh kad bayaran (Kad Debit, Kad Kredit, Touch 'n Go dan Touch 'n Go e-wallet) semasa keluar dari kawasan mengambil penumpang sahaja. | ||
Lokasi Mengambil Penumpang | Aras 1, Pintu 3 atau Pintu 4 (Pilihan Penumpang) | Aras 1, Pintu 1 sehingga Pintu 4. (Pilihan Penumpang) | ||
Bilangan Lorong | 1 Lorong | 2 Lorong |
Sehubungan dengan penambahbaikan ini, pihak MA (S) juga telah mengemaskini pekeliling sedia ada kepada pekeliling baru iaitu Pekeliling Operasi e-hailing di KLIA Terminal 1, Bilangan 3 Tahun 2024.
KLIA Pengembalian semula lokasi pengambilan e-hailing asal
Jumaat, 29 Apr 2022
KLIA Pengembalian semula lokasi pengambilan e-hailing asal
Bermula 1 Mei 2022, jam 00:01 pagi, pengaturan pengambilan penumpang sementara semasa di tepi jalan luar Aras 3, Bangunan Terminal Utama akan dipindahkan semula ke lokasi asal, yang terletak di Pintu 4, Dalam- tepi jalan Aras 1, Bangunan Terminal Utama. Harap maklum.
Untuk butiran lanjut, klik SINI
Total Lockdown Fasa 1
Isnin, 31 Mei 2021
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Total Lockdown Fasa 1, Perkhidmatan e-hailing adalah dibenarkan memberi perkhidmatan pada waktu 6:00am - 11:59pm dalam tempoh ini (1 - 14 Jun 2021).
Jangan bimbang, EzCab dibenarkan untuk terus beroperasi di bawah PKP ini. Oleh itu, jika anda dihentikan oleh mana-mana Pihak Berkuasa di Jalan Raya, tunjukkan kepada mereka Surat Kebenaran ini dari Kementerian Pengangkutan Malaysia, EzCab & Peraturan Kerajaan.
Muat turun Surat di dalam telefon untuk rujukan pada bila-bila masa.
Muat turun Surat Pengesahan Kementerian Pengangkutan di sini.
Muat turun Surat Pengesahan EzCab di sini.
Untuk pertanyaan yang lanjut, sila hubungi kami seperti bi bawah:
1. E-mel
Alamat e-mel: driversupport@ezcab.com.my
2. Hubungi Pusat Sokongan 24/7
Unit Taxi: 03-6259 2020
Unit Kereta Persendirian: 03-6256 2000
3. PM Facebook EzCab Malaysia
EzCab Facebook: https://www.facebook.com/ezcabmalaysia/
Dapatkan insentif untuk setiap tempahan BMMB DuitNow yang berjaya
Ahad, 1 Nov 2020
Dapatkan insentif untuk setiap tempahan BMMB DuitNow yang berjaya
Semakin banyak transaksi, semakin banyak insentif anda akan nikmati.
Bank Muamalat (BMMB) akan memberikan insentif tambahan RM2 untuk setiap tempahan pembayaran DuitNow QR yang berjaya melalui EzCab. Ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mempromosikan penggunaan DuitNow QR.
# Jumlah tempahan DuitNow yang berjaya untuk setiap Pemandu akan dikira pada setiap akhir bulan dalam tempoh kempen. Insentif tersebut akan dikreditkan ke dalam EzWallet dalam tiga puluh (30) hari setelah mengumumkan laporan prestasi.
Tempoh Kempen: 1 November 2020 - 30 April 2021.
Sah untuk: 20,000 transaksi pertama BMMB DuitNow QR atau sehingga program tamat
Lihat Cara Menerima Pembayaran QR DuitNow
NOTA: Sila pastikan anda telah mengambil BMMB tag DuitNow QR yang terbaru, seperti gambar di atas.
Syarat-Syarat
Mengambil BMMB DuitNow QR (Lanyard) baharu dari pejabat EzCab
Terima & Selesaikan Tempahan DuitNow
* terhad kepada 20,000 transaksi pertama sahaja
Terma & Syarat
- Insentif ini sah untuk Pemandu Lembah Klang, Seremban dan Johor yang diberi tag QR Statik BMMB sahaja.
- Untuk memenuhi syarat insentif pemandu ini, Pemandu mesti mendapatkan dan mengambil tag QR Statik BMMB dari pejabat EzCab sahaja.
- Untuk mendapatkan insentif, setiap Pemandu mesti selesaikan tempahan DuitNow.
- Tempahan mesti adalah dari negeri pendaftaran anda sahaja.
- Tempahan yang dibatalkan (sama ada oleh penumpang atau pemandu) membatalkan insentif perjalanan.
- Sistem akan mengira jumlah pesanan DuitNow yang berjaya setiap bulan dan memasukkan insentif ganjaran ke akaun EzWallet anda dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tarikh tutup kempen.
- Pemandu boleh memilih untuk menggunakan jumlah ganjaran akaun yang terkumpul di EzWallet sebagai tambahan kredit atau pengeluaran tunai.
- Pemandu mesti memastikan akaun EzDriver anda telah didaftarkan dengan nombor akaun bank yang sah dengan pengurusan EzCab.
- Pengeluaran tunai akan diproses dalam masa tiga (3) hari bekerja ke akaun bank anda yang berdaftar (tidak termasuk Cuti Umum dan hari Sabtu / Ahad Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
- Tidak akan ada caj pemindahan dana tambahan sehingga diberitahu kelak.
- EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan & menggantung akaun pemandu yang melakukan kegiatan yang dianggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh EzCab (contoh: tempahan palsu, dll.). EzCab adalah muktamad dan konklusif – permintaan untuk membuat rayuan dan semakan atas kes ini tidak akan dilayan.
- Struktur insentif tidak boleh digabungkan dengan perjalanan pendapatan sebelumnya dan tidak dapat dibawa ke hadapan atau selepas tempoh kempen.
- EzCab mempunyai hak untuk menghapuskan, menambah, atau mengubah mana-mana satu Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal. Jika berlaku percanggahan, EzCab mempunyai hak untuk membuat keputasan muktamad- permintaan untuk membuat rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
- Kecuali dinyatakan sebaliknya, insentif ini hanya untuk tempahan EzGo, EzCar, Premium, Executive and EzCar (L) yang berjaya.
Untuk malumat lebih lanjut, sila rujuk BMMB’s PDF T&C.
Program Jom GOYANG KAKI Dihentikan
Rabu, 12 Ogos 2020
Terima kasih atas sokongan anda
Walau bagaimanapun, Program Jom Goyang Kaki yang dimaklumkan akan dihentikan segera pada hari ini, 12 Ogos 2020.
Kami mohon maaf atas kesulitan yang ditimbulkan. Kami akan maklum lagi jika mempunyai program yang lebih menarik pada masa akan datang.
Pemakluman Normal Baru Bagi Operasi Kenderaan Pengangkutan Awam di KLIA
Khamis, 14 Mei 2020
Pemakluman Normal Baru Bagi Operasi Kenderaan Pengangkutan Awam di KLIA
Selaras dengan situasi semasa akibat serangan virus Covid-19, pihak kerajaan melalui pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan SOP dan peraturan-peraturan tertentu bagi membendung penularan wabak ini di seluruh negara termasuk di sektor perkhidmatan.
Bermula jam 0001, 11 Mei 2020 kawasan operasi bagi bagi perkhidmatan Teksi Lapangan Terbang (Teksi Berkupon), Teksi Bermeter dan e-hailing di KLIA adalah seperti Jadual 1.
Ini adalah tertakluk kepada arahan semasa daripada pihak kerajaan terutamanya sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Jadual 1 : Penetapan Sementara Kawasan Operasi Perkhidmatan Pengangkutan Awam di KLIA
Kadar Penerimaan minimum & Kadar Pembatalan EzCab (Mengemaskinikan 28 Mei 2018)
Isnin, 28 Mei 2018
Kadar Penerimaan minimum & Kadar Pembatalan EzCab
(Mengemaskinikan 28 Mei 2018)
Dengan peningkatan kadar muat turun dan penggunaan, kami perasan bahawa ada sejumlah tugas yang sering kali diabaikan. Hal ini akan menyebabkan masa penungguan yang lebih lama & titik pengambilan penumpang yang jauh bagi pemandu lain.
Oleh itu, selaras dengan usaha kami untuk memperbaikkan pengalaman anda, EzCab telah memperkenalkan kadar penerimaan minimum dan kadar pembatalan untuk menggalakkan lebih ramai pemandu untuk menerima tugas bila-bila masa mereka berada di atas talian. Hal ini menyumbang kepada masa penungguan yang lebih singkat dan peningkatan masa anda mendapat keuntungan.
Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pengalaman perjalanan terbaik untuk kedua-dua pihak penumpang & pemandu!
Sila rujuk jadual di bawah untuk penjelasan lebih lanjut:
Syarat Kadar Penerimaan (AR):
AR adalah petunjuk untuk membolehkan anda memantau penilaian keseluruhan anda. Semakin banyak pekerjaan diterima, semakin tinggi AR. Lebih banyak pekerjaan yang diabaikan atau dibatalkan, semakin rendah AR, maka semakin tinggi risiko penggantungan.
Tindakan akan diambil apabila anda mencapai tahap zon tertentu di bawah:
**Sila hubungi driversupport@ezcab.com.my untuk arahan lanjut
Syarat Kadar Pembatalan (CR):
CR hanya akan diguna pakai sekiranya pemandu membatalkan kerja yang sudah diterima di pertengahan.
* Peringatan: Kadar Pembatalan akan mempengaruhi Kadar Penerimaan
Bagaimana mengetahui kadar penerimaan / pembatalan anda?
Latar belakang Biru
Contoh latar belakang biru:
Latar belakang Hitam
Contoh latar belakang hitam:
Peringatan mesra:
- Tugasan EzCab akan sentiasa menyampaikan semua maklumat yang anda perlukan (Destinasi, Tambang) di mana-mana peringkat AR
- Jika anda tidak dapat menerima tugas, sila menukar mod anda ke tiada atas talian atau mod bersedia supaya AR dan CR anda tidak akan terjejas.
- Jika dalam apa jua keadaan, anda telah menerima tugasan pengambilan penumpang di bahu jalan, sila beralih ke mod anda ke tiada atas talian atau mod bersedia sehingga anda tidak akan menerima pesanan yang akan menjejaskan AR anda.
- Jika dalam apa jua keadaan, anda tidak boleh berada atas talian dengan aplikasi EzDriver anda dalam masa 3 hari, AR anda tidak akan terjejas. Walau bagaimanapun, AR anda akan terjejas pada masa akan datang jika lebih daripada 3 hari.
Marilah kita bekerjasama untuk menjadikan EzCab sebagai pengalaman perjalanan yang menyenangkan untuk semua orang!
Terma dan Syarat:
- Jadual di atas tertakluk bagi setiap pemandu untuk semua jenis perkhidmatan. Ini termasuk EzCab (Tambang tetap), EzCab Bajet (Meter) EzCab Eksekutif dan EzCab Mewah TOYOTA.
- Kadar tersebut tertakluk kepada semua pemandu dari semua negeri. Termasuk Seremban, Johor, Melaka, Lembah Klang, Penang, Perak, dan Sabah.
- Sebarang nilai yang terdapat dalam Baki Kredit Pemandu & EzWallet akan dihapuskan sekiranya pemandu tersebut telah dilarang sepenuhnya dari penggunaan Aplikasi Pemandu. Hal ini termasuk TIADA pengaksessan dalam keluarkan tunai dari baki EzWallet pemandu yang sedia ada. Keputusan EzCab adalah muktamad dan konklusif – permintaan untuk membuat rayuan dan semakan atas kes ini tidak akan dilayan.
- EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan insentif mingguan Pemandu atau kebaikan masa depan pada bila-bila masa jika mana-mana tahap zon dicapai dan dikekal bawah AR pemandu.
- EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan & menggantung akaun pemandu yang mencapai sesuatu tahap zon tertentu bergantung kepada syarat kadar.
- EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan & menggantung akaun pemandu yang melakukan kegiatan yang dianggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh EzCab (contoh: tempahan palsu, dll.). EzCab adalah muktamad dan konklusif – permintaan untuk membuat rayuan dan semakan atas kes ini tidak akan dilayan.
- EzCab mempunyai hak untuk menghapuskan, menambah, atau mengubah mana-mana satu Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal. Jika berlaku percanggahan, EzCab mempunyai hak untuk membuat keputasan muktamad- permintaan untuk membuat rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
- EzCab mempunyai hak untuk menggantung sepenuhnya Aplikasi Pemandu jika perlu. Walau bagaimanapun, hal ini tidak mengehadkan pemandu untuk mendaftar semula dengan EzCab.
FAQ
Permit Kenderaan E-hailing (EVP) Program Fasa 2
Rabu, 2 Oct 2019
Permit Kenderaan E-hailing (EVP) Program Fasa 2
#BukitSamaDidaki
Kementerian Pengangkutan secara rasmi mengumumkan bahawa bermula 12 Oktober 2019 untuk menjadi pemandu e-hailing yang sah, setiap Pemandu perlu memiliki semua dokumen yang sah. Selepas menerima lesen PSV anda, anda perlu melengkapkan pemeriksaan kesihatan, PUSPAKOM, menambah insurans e-hailing, dan mengemukakan dokumen anda untuk memohon EVP.
Dengan peningkatan permintaan EVP dari hari ke hari, EzCab memperkenalkan Program Fasa 2 EVP untuk memastikan impak maksimum terhadap pengalaman pemandu dengan EVP terhad yang telah diedarkan secara sama rata, terutamanya kepada pemandu yang aktif.
Oleh itu, Program EVP Fasa 2 akan berkuatkuasa dari 1 Oktober 2019. Setiap Rakan Pemandu yang menerima EVP secara rasmi, mereka perlu memenuhi syarat-syarat di bawah ini untuk memastikan EVP terjamin untuk anda sendiri. Sekiranya mana-mana pemegang EVP tidak memenuhi syarat, EVP akan dilucuthakkan.
Contoh Senario untuk Rakan Pemandu SEDIA ADA : (Gagal untuk mencapai kriteria minimum)
Scenario 1: Pemandu Sedia Ada
cth. John adalah Pemandu sedia ada yang telah menerima EVP pada 28 Julai 2019. Selepas 30 hari iaitu diantara 1 September, beliau tidak memenuhi keperluan perjalanan yang dikehendaki (30 perjalanan). Jadi, beliau akan mendapat panggilan dari EzCab, untuk mencadangkan menambah nilai sebanyak RM55 untuk memastikan EVP beliau terjamin atau EVP beliau akan dilucutkan.
Apabila Pemandu berhasrat untuk tambah nilai kredit dalam 14 hari, EVP tersebut berjaya dijamin sehingga 6 bulan seterusnya.
Contoh Senario untuk Rakan Pemandu BARU : (Gagal untuk mencapai kriteria minimum)
Scenario 2: Pemandu Baru
cth. John adalah Pemandu Baru yang telah mendaftar sebagai Rakan Pemandu EzCab & telah menghantar semua dokumen untuk memohon EVP pada 22 September. Beberapa hari kemudian pada 28 September, John telah menerima EVP beliau dari EzCab. Seterusnya, untuk tarikh tamat bulan berikutnya adalah pada 1 November. malangnya beliau tidak dapat memenuhi minimum keperluan perjalanan (40 perjalanan) pada 1 November. Jadi, beliau akan mendapat panggilan dari EzCab, untuk mencadangkan menambah nilai sebanyak RM55 untuk memastikan EVP beliau terjamin atau EVP beliau akan dilucutkan.
Jika Pemandu berhasrat untuk tidak tambah nilai dalam masa 14 hari diberikan, EVP tersebut akan dilucutkan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan,boleh hantar emel ke driversupport@ezcab.com.my.
Program Jom GOYANG KAKI
Selasa, 14 Ogos 2018
Program Jom GOYANG KAKI
Komitmen rendah, insentif tinggi.
Mengesyorkan anda kepada penumpang dan mendapatkan keuntungan insentif.
Sertailah program ini untuk mendapatkan keuntungan bersama!
Anda kini boleh membina rangkaian penumpang sendiri dengan menghantar kod rujukan!Selepas penumpang baru menggunakan kod rujukan anda, EzCab akan memberikan insentif kepada anda sebagai ganjaran.
Anda hanya perlu kongsi untuk mendapatkan keuntungan. Kongsi dan hantar kod rujukan anda sekarang untuk mendapatkan pendapatan secara pasif!
Bagaimana untuk hantar kod rujukan kepada penumpang?
Menghantar kod rujukan sebanyak mungkin untuk mendapatkan keuntungan.
Sila rujuk kepada langkah-langkah di bawah:
Langkah 1
Klik "Rujukan" pada menu aplikasi pemandu EzCab.
Langkah 2
Penumpang harus masukkan ‘kod rujukan’ anda pada aplikasi mereka.
Langkah 3
Penumpang dapat menikmati promosi dan anda dapat ganjaran insentif daripada EzCab.
Bagaimana untuk menyemak rekod insentif anda?
a. Rujukan mingguan = Jumlah penumpang yang telah anda rujuk pada minggu tersebut.
b. Perjalanan mingguan = Perjalanan yang telah dibuat menggunakan kod rujukan pada minggu tersebut.
c. Insentif mingguan= Jumlah insentif yang anda dapat pada minggu tersebut.
d. Jumlah rujukan = Jumlah penumpang yang telah anda rujuk sehinnga kemaskini terakhir.
e. Jumlah insentif = Jumlah insentif yang telah anda dapat sehingga kemaskini terakhir.
Contoh senario:
Jika pakej anda merupakan pakej bawah 10%, anda akan mendapat mesej seperti berikut.
Terma dan syarat
- Program Jom GOYANG KAKI hanya boleh disertai oleh pemandu dari seluruh negara yang berada dalam pakej 10-15% .
- Pemandu yang ingin menyertai program ini harus berdaftar di pejabat atau pada laman web.
- Pemandu yang ingin mendapatkan insentif haruslah sekurang-kurangnya mencapai 10 perjalanan setiap minggu dan mengekalkan peratusan penerimaan (AR) sekurang-kurangnya 40% atau ke atas. Pengiraan peratusan insentif tidak termasuk caj tol.
- Semua tambang kereta dikira mengikut harga yang ditunjukkan dalam sistem aplikasi EzCab (Harga sebelum diskaun). Harga tambang kereta tidak termasuk caj tol dan caj tambahan yang lain.
- Insentif akan dikira bermula setiap Isnin 12:00am, sehingga Ahad 11:59pm. Hanya perjalanan yang disiapkan dalam masa tersebut akan diambil kira.
- Pemandu hanya boleh mengambil penumpang di kawasan yang didaftarkan.
- Kenyataan insentif harian akan dikemaskini selepas 12.00am setiap hari.
- Tempahan yang dibatalkan (oleh penumpang/ pemandu) tidak diambil kira dalam jumlah perjalanan.
- Sistem akan mengira jumlah insentif mingguan anda selepas 12:00am pada setiap Isnin dan memindahkan kepada EzWallet anda.
- EzCab mempunyai hak untuk mengambil, memindah, dan membuat pemindaan pada mana-mana bahagian terma & syarat tanpa memberi notis. Sekiranya mempunyai sebarang percanggahan, EzCab mempunyak hak mutlak untuk membuat keputusan terakhir. Segala rayuan tidak akan dipeduli.
Mengeluarkan tunai/ Tambah nilai kredit:
- Pemandu boleh memilih untuk mengeluarkan tunai dari EzWallet atau menggunakannya untuk tambah nilai.
- Pemandu harus memastikan nombor akaun bank yang didaftar bawah akaun pemandu EzCab adalah sah dan dapat digunakan.
- Permintaan untuk mengeluarkan tunai akan disiapkan dalam 3 hari bekerja (kecuali cuti umum, sabtu, dan ahad) dan dipindahkan ke akaun bank anda.
- Tiada caj pemindahan wang yang akan dikenakan sehingga pemberitahuan lain.
- EzCab mempunyai hak mutlak untuk menarik insentif atau mengantung akaun pemandu sekiranya pemandu didapati berkelakuan tidak senonoh (seperti: bermain game, membuat tempahan palsu, dan mengenakan caj yang keterlaluan tinggi ke atas penumpang). EzCab mempunyai hak untuk membuat keputusan terakhir. Rayuan tidak akan dipeduli.
- Pelan insentif tidak boleh digabungkan dengan perjalanan sebelum dan tidak boleh dibawa ke minggu depan.
- Kecuali diberi notis pemberitahuan lain, program Jom GOYANG KAKI hanya boleh diguna pakai oleh EzGo, EzCar. Teksi (Meter), Premium, Eksekutif dan EzCar (L).
- Dalam kes menaiki tambang bukan tetap (cth. Teksi (Meter)), anggaran tambang yang dianggarkan akan ditunjukkan dalam aplikasi. Oleh itu untuk perjalanan yang berkelayakan, rebat tambahan akan dikira berdasarkan pada tambang terendah yang dianggarkan. (cth. Jika anggaran tambang untuk perjalanan yang berkelayakan ialah RM10 -16, maka RM10 akan digunakan untuk mengira untuk rebat tambahan.)
FAQ
Kempen Kod Promo
EzCab App kempen KOD PROMOSI telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk menggunakan Aplikasi Pemesanan Kenderaan EzCab.
Tempahan masuk dengan Kod Promosi akan dipaparkan dalam kotak BIRU seperti imej. Kami berharap semua Pemandu akan memberi sokongan dan sila buat pemotongan diskaun PROMOSI yang dipaparkan untuk Penumpang Kod Promosi. Kod Promo diskaun diberikan akan ditukar kepada EzWallet & anda boleh Keluarkan Duit* baki itu.
Tekan SINI untuk maklumat lanjut tentang Bagaimana untuk keluarkan duit dari Baki EzWallet anda.
Nota : * Minimum RM20 baki dalam EzWallet untuk Keluarkan Duit & Minimum RM5 untuk tambah nilai dari EzWallet ke Baki Kredit.
- Kod Promo diskaun diberikan akan ditukar kepada baki EzWallet.
- Nilai Kod Promo akan secara automatik ditukar kepada baki EzWallet pemandu masing-masing.
- Hanya tempahan siap sepenuhnya (selepas Turun Penumpang) akan dianggap sah.
- Semua tempahan hendaklah dibuat melalui Aplikasi Pemesanan Kenderaan Ezcab.
- Pemandu yang mengambil penumpang Kod Promosi tetapi tidak memberi diskaun akan diberi penalti.