Kafe Flower Garden

Isnin, 23 Julai 2018

Pamer & menikmati 20 % diskaun di Kafe Flower Garden!

Khususnya untuk Pemandu Rakan Kongsi EzCab!

Anda boleh mengimbas aplikasi EzDriver anda di kaunter Kafe Flower Garden* untuk menikmati 20 % diskaun set mee Spageti atau Nasi Ayam.

* Kafé Pork-free

 

 

Lokasi Kafe Flower Garden:

No. 27-1, Jalan SP 2/2, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan.

Waktu Beroperasi: Setiap hari 10 : 00 – 21 : 30 (Rabu Cuti)

 

Terma dan Syarat

  1. Promosi ini sah sehingga 30 September 2018.
  2. Diskaun ini boleh ditebus setiap hari mulai jam 3PM sehingga 6PM.
  3. Hanya 1 penebusan yang digalakkan untuk satu pengguna.
  4. Penebusan ini berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ sehingga penghabisan stok.
  5. Keistimewaan dan diskaun tidak sah untuk sebarang promosi, baucar, tawaran atau kad diskaun yang lain.
  6. Promosi ini hanya ditawarkan kepada EzDriver yang makan di kafe sahaja.
  7. Promosi ini tidak boleh ditukar dengan duit, secara separuh atau keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web ini www.facebook.com/flowergardenkafe

0% Komisen ke/dari KLIA/KLIA2 Raya 2018

Selesa, 26 Jun 2018

0% Komisen ke/dari KLIA/KLIA2 Raya 2018

(Promosi diteruskan)

Eksklusif untuk Rakan Pemandu EzGo dan EzCar Lembah Klang & Seremban!

Berita baik! Oleh kerana permintaan popular dan sambutan positif, promosi KLIA/KLIA2 akan diteruskan hingga notis lanjut.

Hal ini bermakna anda dapat menikamati 0% komisen & mengekalkan 100% pendapatan dari tambang pesanan KLIA/KLIA2.

Promosi Tambang Tetap KLIA/KLIA2 : Ke/dari Klang Valley & Seremban.

Tempoh Promosi: 4 Jun 2018 – 31 Ogos 2018.

Sila rujuk kepada jadual di bawah untuk penjelasan lebih lanjut:

Perhatian:

  1. Promosi di atas hanya sah sehingga 31 Ogos 2018.
  2. Promosi di atas hanya sah untuk rakan pemandu yang mengambil atau menghantar penumpang di Klang Valley atau Seremban sahaja.
  3. Promosi di atas hanya sah untuk kategori EzGo & EzCar.
  4. Tidak sah untuk pekerjaan yang dibagi oleh Pusat Panggilan.
  5. Komisen yang ditolak akan dikembalikan sebelum 11:59pm pada hari berkenaan.

 

Marilah berusaha bersama-sama untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada penumpang EzCab!

0% Komisen untuk kerja yang diterima semasa waktu puncak!

Isnin, 28 Mei 2018

Ekslusif untuk rakan pemandu LEMBAH KLANG!

Sempena Hari Raya Aidilfitri, EzGo dan EzCar rakan pemandu dapat menikmati 100% daripada tambang semasa waktu puncak berikut. Amaun tambang yang ditolak akan dikembalikan sebagai Baki Kredit semasa hari berkenaan tamat sebelum 11:59pm. Oleh itu, janganlah terlepas peluang ini untuk mendapat lebih banyak keuntungan bersama EzCab!

Waktu Puncak : 6am-8am & 6pm-8pm.

Tempoh Promosi : 30 May 2018 – 24 June 2018.

Sila rujuk jadual di bawah untuk penjelasan lebih lanjut:

Perhatian:

  1. Promosi di atas hanya sah sehingga 24 Jun 2018.
  2. Promosi di atas hanya boleh digunakan untuk Rakan Pemandu Lembah Klang sahaja.
  3. Promosi di atas hanya berhak untuk kategori EzGo & EzCar sahaja.
  4. Tidak tertakluk pada tempahan yang ditugaskan oleh Pusat Pelanggan.
  5. Kredit akan dipulangkan ke Baki Kredit semasa hari berkenaan tamat sebelum 11.59pm.

Kadar Komisen Diturunkan

Isnin, 9 Apr 2018

Kadar Komisen Diturunkan
(sehingga 7 Julai 2018)

Kepada Rakan Pemandu,

Berita menarik! Bermula dari 9 Apr 2018, kadar komisen 15% akan diturunkan kepada yang berikut untuk SEMUA pesanan EzCab App:

  • Kadar promosi untuk Teksi: 5%
  • Kadar promosi untuk Kenderaan Persendirian: 10%

Mari kita bekerjasama untuk menjadikannya pengalaman yang baik untuk semua pengguna EzCab!

Nota:

  1. Promo kadar komisyen di atas adalah sah sehingga 7 Julai 2018.
  2. Tidak termasuk pada tugasan yang diberikan oleh Pusat Panggilan.

Keuntungan Tambahan RM3 untuk SETIAP pelanggan Alipay (8 Feb – 31 Mac 2018)

Khamis, 08 Feb 2018

Tawaran Insentif ALIPAY eksklusif untuk Pemandu EzCab sahaja!

Dengan kerjasama antara EzCab & Alipay, anda kini boleh mendapat keuntungan tambahan RM3 untuk setiap pelanggan Alipay. Ini adalah tawaran masa terhad (8 Feb hingga 31 Mac 2018), jangan ketinggalan peluang ini untuk mendapatkan keuntungan lebih banyak.

Rajah 1: Contoh penempahan baru yang mengguna ALIPAY sebagai cara pembayaran (dibulat merah)

Semua pembayaran Alipay yang diterima akan terus dimasukkan ke EzWallet anda (panduan EzWallet: https://goo.gl/ufNzrN). Anda boleh semak ganjaran tambahan RM3 dari ALIPAY untuk transaksi yang berkaitan pada halaman rekod EzWallet.

 

Rajah 2: Contoh rekod pemandu yang menunjukkan insentif Alipay pemandu (dibulat merah)

Terma & Syarat:

  1. Insentif untuk urus niaga pembayaran Alipay ini sah untuk SEMUA Pemandu EzCab di seluruh negara dari 8 Feb hingga 31 Mac 2018.
  2. Ganjaran Insentif Alipay hanya terpakai kepada urus niaga yang dibayar dengan Alipay dan jumlah tambang sebanyak RM6 dan ke atas (tidak termasuk caj tol) dan terhad kepada 6 (enam) urus niaga pertama sehari.
  3. Ganjaran Insentif Alipay RM3 tambahan akan ditambah secara automatik ke EzWallet Pemandu apabila berjaya mengimbas kod QR Alipay pelanggan.
  4. Ganjaran Alipay tambahan RM3 akan dibatalkan sekiranya:
    • Tempahan dibatalkan (sama ada oleh penumpang atau pemandu) membatalkan bilangan perjalanan.
    • Jumlah tambang adalah kurang daripada RM6.
    • Pembayaran Alipay tidak berjaya dan / atau perubahan kaedah pembayaran apabila perjalanan tamat.
    • Telah melebihi 6 urus niaga maksimum untuk hari itu.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  6. Ganjaran RM3 insentif Alipay tidak boleh dimasukkan ke dalam pelan Insentif Pemandu EzCab Mingguan.
  7. EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. -Rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.

Keluarkan tunai/ Tambah nilai kredit:

  1. Pemandu boleh memilih untuk menggunakan jumlah rebat akaun yang terkumpul di EzWallet untuk keluarkan tunai atau tambah nilai.
  2. Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftarkan dengan nombor akaun bank yang sah dengan pihak pengurusan EzCab.
  3. Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam tempoh masa satu (1) hari bekerja (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Awam) ke akaun bank berdaftar anda.
  4. Tidak akan ada caj bayaran pemindahan wang sehingga notis selanjutnya.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  6. Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan sebelum dan tidak dapat dikumpul dan dibawa ke minggu hadapan.
  7. EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. - Rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
  8. Kecuali dinyatakan sebaliknya, insentif hanya terpakai untuk perjalanan yang lengkap untuk EzCab (Harga Tetap), Bajet (Meter), MPV dan Eksekutif.

‘Heat Map’ Permintaan – alat membantu anda mendapatkan lebih banyak penumpang

Jumaat, 15 Dis 2017

‘Heat Map’ Permintaan

– alat membantu anda mendapatkan lebih banyak penumpang

Bagaimana Heat Map Berfungsi?

Heat Map akan membantu anda mengenal pasti kawasan yang menerima banyak permintaan:

  1. Merah = Sangat Tinggi
  2. Kuning = Tinggi
  3. Hijau = Serdehana
  4. Tiada warna = Sikit

Cara Menggunakan Heat Map?

  • Guna map untuk mengenal pasti kawasan terdekat yang mempunyai permintaan yang tinggi & segera menuju ke kawasan berkenaan.
  • Zoom masuk & keluar pada Heat Map untuk mengenal pasti kawasan-kawasan khusus. Bila zoom masuk maksimum, hanya akan kelihatan titik.

Tambah Nilai Dengan MOLpay di 7-Eleven

Jumaat, 20 Januari 2017

Cara Tambah Nilai

(TUNAI)

Tambah Nilai Kredit Pemandu anda di 7-Eleven

Tambah nilai dengan menekan butang "+"

Pilih nilai dan cara tambah nilai

• Cash (7-11)

*Akan datang - Perkhidmatan tambah nilai dengan kad kredit.

Semak ringkasan pembayaran anda, kemudian klik pada "PROCEED" until berpindah ke laman pesanan MOLpay.

*Nota: Caj perkhidmatan kadar rata RM2.20 dikenakan untuk setiap transaksi.

Klik "Proceed" pada halaman MOLpay untuk mengesahkan tempahan anda.

Dua kod akan dijana dalam aplikasi EzDriver anda.

Kunjungi mana-mana 7-Eleven di seluruh negara.

Di kaunter juruwang, sebut "MOLpay" dan memaparkan kod dalam aplikasi EzDriver anda.

Membuat bayaran kepada juruwang.

Terima resit dari juruwang. Amaun kini dikreditkan ke dalam akaun EzDriver anda!

Skrin Baru Pemandu

Khamis, 19 Januari 2017

Aplikasi EzDriver Dikemaskini

Skrin Baru Pemandu

Pengalaman pengguna yang lebih baik

Skrin baru akan memaparkan jenis teksi diminta oleh penunggang.
Teksi Bajet Bermeter adalah berwarna biru.

Teksi Bajet Tambang Tetap akan dipaparkan dalam warna hijau berserta jumlah caj.

Kotak hijau memaparkan masa tempahan awal.
Kotak merah memaparkan caj dibayar kepada EzCab.

Tekan dua kali pada butang hijau bertanda semak untuk menerima perjalanan.

Selepas menerima perjalanan, anda akan ditunjukkan nama dan pilihan untuk menghubungi penunggang anda.

Sekiranya pembatalan dibuat oleh penunggang, anda akan dimaklumkan berserta sebabnya.

Kempen Kod Promo EzCab-MyRapid Kad

Rabu, 28 Disember 2016

Kempen Kod Promo

EzCab-MyRapid Kad

Dari 1 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017

EzCab App kempen PROMO KOD telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk menggunakan Aplikasi Mudah Alih Tempahan Teksi EzCab. Kami berharap semua pemandu akan memberi sokongan dan sila beri pemotongan diskaun yang dipaparkan kepada Penumpang Kod Promosi anda.

Tempahan masuk dengan diskaun RM2 akan dipaparkan dalam kotak BIRU seperti imej.

Sila rujuk kepada terma & syarat di bawah:

Terma & Syarat

  1. RM2 diskaun EzRapid promo tawaran adalah sah dari 1 Januari hingga 28 Februari, 2017.
  2. Sah hanya untuk tunggangan ke/dari stesen LRT/ Monorial/ BRT RapidKL.
  3. Kod Promosi kredit tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  4. Hanya tempahan siap sepenuhnya (selepas drop-off) akan dianggap sah.
  5. Semua tempahan hendaklah dibuat melalui Ezcab App.
  6. Pemandu yang mengambil penumpang Kod Promosi tetapi tidak memberi diskaun akan didenda.
  7. Sah hanya untuk pengambilan di Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor).

NOTA : Nilai diskaun ( RM 2 ) diberikan untuk promosi ini akan secara automatik ditukar kepada kredit pemandu masing-masing.

 

 

Tambah Nilai Perbankan Atas Talian

Isnin, 21 November 2016

Cara Tambah Nilai

(Perbankan Atas Talian)

Tambah Nilai Kredit Pemandu Anda Melalui Aplikasi EzDriver

Tambah nilai dengan menekan butang "+"

Pilih nilai dan bank untuk pembayaran. Klik butang "NEXT" untuk seterusnya.

* Akan datang - pembayaran melalui 7-Eleven dan kad kredit.

Semak ringkasan pembayaran anda, kemudian klik pada "PROCEED" until berpindah ke laman pesanan MOLpay.

*Nota: Caj perkhidmatan kadar rata RM2.20 dikenakan untuk setiap transaksi.

Semak butiran pembayaran pada halaman MOLPay. Klik "PROCEED" untuk teruskan transaksi anda.

Contoh pembayaran melalui Maybank2U

Untuk meneruskan ke Maybank2U, klik butang "Pay by Maybank2U" dan teruskan transaksi anda.

Setelah selesai melengkapkan semua langkah, mesej pop up akan memaklumkan adakah transaksi berjaya atau tidak.