Selasa, 6 Feb 2024

KEMASKINI DAN PENAMBAHBAIKAN OPERASI E-HAILING DI KLIA TERMINAL 1

Kemaskini sistem kemasukkan ke tempat pengambilan penumpang di Aras 1, Main Terminal Building KLIA1 akan mula beroperasi dan berkuatkuasa secara berperingkat bermula 1hb Februari 2024.

 

Perkara yang telah dikemaskini adalah seperti di jadual bawah:

PerkaraSebelum PenambahbaikanSelepas Penambahbaikan
Minimum Baki Kad (Sewaktu Kemasukan)Dengan baki minimum kad Touch 'n Go sebanyak RM20Tiada minimum baki kad diperlukan.
Cara PembayaranMenggunakan kad Touch 'n Go sahaja.Menggunakan semua mod pembayaran seperti kad debit, kad kredit, Touch 'n Go, dan Touch 'n Go e-wallet
Masa0-5 minit: Percuma
Setiap 5 minit berikutnya: RM10
0-7 minit: percuma
Setiap 5 minit berikutnya: RM10
SistemMenggunakan sistem pengimbas kad Touch 'n Go sahajaMenggunakan sistem Licence Plate Recognition (LPR)
Cara PenggunaanSentuh kad Touch 'n Go pada pengimbas kad ketika masuk dan keluar dari kawasan mengambil penumpang.Sentuh kad bayaran (Kad Debit, Kad Kredit, Touch 'n Go dan Touch 'n Go e-wallet) semasa keluar dari kawasan mengambil penumpang sahaja.
Lokasi Mengambil PenumpangAras 1, Pintu 3 atau Pintu 4 (Pilihan Penumpang)Aras 1, Pintu 1 sehingga Pintu 4.
(Pilihan Penumpang)
Bilangan Lorong1 Lorong2 Lorong

Sehubungan dengan penambahbaikan ini, pihak MA (S) juga telah mengemaskini pekeliling sedia ada kepada pekeliling baru iaitu Pekeliling Operasi e-hailing di KLIA Terminal 1, Bilangan 3 Tahun 2024