Khamis, 18 Mei 2017

Permulaan

Semua yang anda perlu tahu tentang app

Sila tekan butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut

 

1. Gambaran Keseluruhan

1.1 Mod Pemandu

Terdapat tiga jenis Mod. Klik untuk beralih kepada mod pilihan anda seperti di bawah:

a. MOD BERSEDIA - Apabila memasuki Driver App anda akan bermula dalam mod Bersedia. Pemandu tidak akan dapat melihat sebarang tempahan tetapi boleh periksa butiran akaun anda.

b. MOD TALIAN — aktifkan mod talian untuk mula menerima tempahan. Pastikan sambungan GPS dan rangkaian anda adalah aktif.

c.  TALIAN TUTUP — untuk keluar & tutup aplikasi

1.2 Memahami Aplikasi

a. Menu — klik untuk membuka pilihan menu. Untuk mengetahui lanjut butiran setiap pilihan, sila rujuk sini.

b. Kredit Tambah Nilai — Klik untuk menambah kredit akaun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menambah nilai akaun anda, sila rujuk sini.

c. Jumlah Penerimaan Tempahan (%) — Jumlah perjalanan yang diterima oleh pemandu.

d. Rating — Kedudukan purata perkhidmatan anda.

e. Ringkasan — Jumlah perjalanan mingguan yang terkumpul. Klik untuk melihat butiran insentif. (jika ada)

1.3 Akaun Belum Berdaftar

Jika anda menerima mesej yang berkata: "Tidak dapat diteruskan. Peranti anda belum didaftar.",  ia bermakna bahawa anda belum mendaftarkan nombor telefon anda dalam sistem aplikasi Driver.
Untuk bantuan lanjut, anda boleh hantarkan e-mel (driversupport@ezcab.com.my) atau hubungi kami di +603 6259 2929 untuk mengaktifkan akaun anda.

Sila berikan nombor IMEI telefon anda untuk pengaktifan Akaun Driver.

2. Menerima Tempahan

2.1 Jenis Tempahan

Anda boleh melihat jenis Tempahan yang diterima seperti berikut

SEKARANG

Apabila terdapat tempahan baru yang masuk, anda akan melihat skrin dengan maklumat seperti berikut:

a. Lokasi menjemput penumpang – ini menunjukkan alamat untuk menjemput penumpang

b. Nilai Kredit - ini menunjukkan jarak perjalanan & nilai kredit untuk tempahan tersebut (akan ditolak daripada kredit anda jika bidaa n berjaya)

c. Nilai Promo - ini akan muncul jika penumpang menggunakan kod diskaun promo yang sah untuk tempahan ini.

d. Pilihan Pembayaran - menunjukkan cara pembayaran penumpang (tunai atau kad kredit)

e. Lokasi Menurunkan Penumpang - ini menunjukkan alamat destinasi penumpang

f. Butang Menolak Tempahan - klik butang "" untuk menolak tempahan ini

g. Butang Seterusnya - jika ada lebih daripada 1 tempahan masuk, klik "" untuk melihat tempahan seterusnya. Anda hanya boleh membida untuk 1 tempahan dalam satu masa.

h. Butang Bidaan - klik butang "" untuk membida tempahan ini. Pastikan anda menghubungi penumpang dan sampai ke lokasi penumpang anda dalam masa yang diminta.

i. Tambang Tinggi - ini menunjukkan tambang lebih tinggi daripada masa biasa

Nota:
Sekiranya anda perhatikan tempahan masuk mempunyai latar belakang biru seperti contoh skrin di bawah, ini bermakna, anda adalah salah satu pemandu yang terdekat dari lokasi jemputan.

Anda MESTI membida perintah itu dalam masa 30 saat.
Jika anda TIDAK membuat bidaan untuk tempahan jenis ini, akan ada potongan ke atas kadar penerimaan anda.  Ini bermakna, peluang anda untuk menang dalam bidaan seterusnya akan lebih rendah.

TEMPAHAN TERDAHULU

a. Bar Kuning — Menunjukkan masa tempahan terdahulu

b. Pilihan Pembayaran - menunjukkan cara pembayaran penumpang

c. Butang Menolak Tempahan - klik butang "" untuk menolak tempahan ini.

d. Butang Bidaan - klik butang "" dua kali untuk membuat bidaan untuk tempahan ini.

Pastikan anda menghubungi penumpang dan sampai ke lokasi jemputan penumpang anda dalam masa yang diminta.

2.2 Tempahan Yang Dibatalkan

Jika penumpang membatalkan tempahan tersebut selepas anda berjaya membida, anda akan menerima mesej pop-up yang memberitahu tempahan itu telah dibatalkan dengan alasan yang dinyatakan.

Nota:
Tiada kredit akan ditolak bagi tempahan yang dibatalkan.

2.3 Pembidaan Tempahan

Langkah 1: Klik butang Bidaan () untuk membuat tawaran bagi tempahan tersebut

Sila tunggu untuk keputusan bidaan.

  • Jika pembidaan anda tidak berjaya, anda secara automatik akan kembali ke laman utama.
  • Sekiranya pembidaan anda berjaya, teruskan ke Langkah 2.

Langkah 2: Sekiranya anda berjaya dalam bidaan tempahan tersebut, klik pada alamat untuk menggunakan aplikasi peta seperti Waze atau Google Maps untuk menunjukkan arah. destinasi penumpang.

Nota: Jika anda melihat mesej "Peringatan", ini bermakna anda telah berjaya membida tempahan dengan Kod Promosi diskaun. Klik OK untuk menutup peringatan.

Jangan lupa untuk memberikan potongan diskaun daripada tambang di akhir perjalanan untuk penumpang anda.

2.4 Melengkapkan Tempahan

Langkah 1: Apabila anda telah tiba di lokasi jemputan,

a. klik butang “SAYA TIBA” untuk memberitahu penumpang yang anda telah tiba.

b. Jika perlu, hubungi penumpang untuk mendapatkan lokasi menunggu yang tepat.

Langkah 2:  Apabila penumpang telah naik kenderaan anda, slaid butang “Ambil Penumpang”.

Langkah 3:  Apabila penumpang telah sampai dan turun dari kenderaan anda, slaid butang “Turun Penumpang” untuk mengakhiri tempahan ini.

 

3. Akaun Dikunci

Sekiranya anda melihat skrin yang mengatakan, "Akaun anda telah dikunci", ini bermakna akaun anda telah dikunci & dibuka semula selepas reset mingguan kerana melanggar peraturan EzCab atau dari segi perkhidmatan lain.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang akaun anda yang dikunci, sila e-mel kepada driversupport@ezcab.com.my.