Panduan Pengguna Pemandu Kereta

Panduan Pemandu

1.1. Bagaimana & manakah untuk tambah nilai?
Cara yang paling senang untuk tambah nilai kredit anda dengan menggunakan Perbankan Atas Talian, Tunai di 7-Eleven dan Kad Kredit/Kad Debit.

(a) Menggunakan perbankan atas talian dari aplikasi pemandu anda
Maklumat lanjut :
Eng : http://ezcab.com.my/index.php/drivers2-credit-top-up/#onlinebanking
Bm : http://ezcab.com.my/index.php/tambah-nilai-kredit-pemandu/#onlinebanking


(b) Tambah nilai menggunakan tunai di 7-Eleven
Maklumat lanjut :
Eng : http://ezcab.com.my/index.php/drivers2-credit-top-up/#7eleven
Bm : http://ezcab.com.my/index.php/tambah-nilai-kredit-pemandu/#7eleven


(c) Guna Kad Kredit/Kad Debit
Details:
Eng: http://ezcab.com.my/index.php/drivers2-credit-top-up/#credit_debit_card
Bm: http://ezcab.com.my/index.php/tambah-nilai-kredit-pemandu/#kad_kredit_debit


1.2. Adakah caj tambahan semasa tambah nilai?
Caj perkhidmatan sebanyak RM 2.20 akan dikenakan semasa pembayaran, TIADA GST
Maklumat lanjut :
Eng : http://ezcab.com.my/index.php/drivers2-credit-top-up/#onlinebanking.
Bm : http://ezcab.com.my/index.php/tambah-nilai-kredit-pemandu/#onlinebanking.

1.3 Saya tak boleh tambah nilai akaun EzDriver?
Keperluan minimum dalam atas talian / 7-Eleven ialah menggunakan telefon versi android 4.4 dan ke atas. Sila semak versi android telefon anda. Pastikan adalah di atas versi android 4.4. Jika versi android telefon anda di bawah 4.4, anda boleh pergi ke pejabat HQ kami untuk topup. (Updated 10 Ogos 2018)
2.1. Tidak dapat melihat baki kredit?
Anda dikehendaki restart telefon bimbit anda dan buka semula aplikasi EzDriver. Aplikasi akan kembali normal selepas ini. Jika aplikasi masih tidak berfungsi, sila memberikan nombor kereta & model telefon anda kepada kami untuk tujuan semakan dan kami akan memberitahu bahagian teknikal untuk menyelesaikan masalah ini.


2.2. Kredit tidak menunjukkan amaun terkini?
  • Selepas tambah nilai? Sila memberikan informasi di bawah untuk tujuan penyemakan lanjut:
    • Nombor plat kereta.
    • Tarikh & masa tambah nilai.

  • Selepas pemandu atau penumpang membatal? Sila memberikan informasi di bawah kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my untuk tujuan semakan lanjut.
    • Nombor plat kereta.
    • ID tempahan.
2.3. Bolehkah pemandu terus menerima tugas tanpa baki kredit?
Contoh bagi pakej 12%:
E.g 1. Jika baki kredit ialah RM0.80, pemandu tersebut boleh menerima tugas bawah RM6.
E.g 2. Jika baki kredit iaah RM1.20, pemandu boleh menerima tugas bawah RM10.

2.4. Mengapakah baki kredit menunjukkan amoun RM0.00?
Sila buka semula aplikasi EzDriver. (Updated 17 July 2018)

Hal ini mungkin disebabkan oleh sambungan internet atau masalah telefon. Jika masih tidak berfungsi, sila memberikan maklumat di bawah kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.
  • Nombor Kereta
  • Model Telefon
4.1. Tiada wang untuk membuat bayaran?
Pemandu mempunyai hak untuk meminta penumpang membuat bayaran. Syarikat tidak akan membayar bagi pihak penumpang. Untuk maklumat lebih lanjut, kami harus meminta ID tempahan dan nombor kenderaan dari rakan pemandu untuk membuat siasatan lanjut.

4.2. Bagaimana jika penumpang pelbagai hentian tidak kembali tanpa membuat bayaran?
Jika menerima tugas pelbagai hentian,
  • Penumpang harus membuat 50% bayaran di hentian pertama dan membayar bakinya di hentian kedua.
  • Mengingatkan pemandu untuk mengumpul 50% bayaran sebelum penumpang turun kereta dari hentian pertama.
  • Nasihatkan pemandu untuk ingatkan penumpang bahawa, jika masa penungguan lebih daripada 10 minit, tempahan tersebut dikira batal secara automatik.



4.3. Bagaimana jika pemandu mendapat tempahan palsu?
Kami memerlukan rakan pemandu untuk memberikan ID tempahan untuk siasatan lanjut.

4.4. Bagaimana jika penumpang menyebabkan kerosakan?
Pihak syarikat tidak akan membuat ganti rugi bagi pihak penumpang. Rakan pemandu dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut dengan penumpang.

4.5. Bagaimana jika penumpang tidak muncul?
Dapatkan nombor telefon/ ID tempahan penumpang, operator boleh membantu untuk batalkan bagi pihak pemandu (jika perlu).

4.6. Bagaimana jika penumpang bertindak ganas terhadap pemandu?
Sila pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan, dan pergi ke hospital untuk membuat rawatan (jika perlu). Kami memerlukan rakan pemandu untuk memberikan maklumat di bawah kepada kami:
  • ID tempahan
  • Gambar bukti
Semua laporan di atas boleh dibuat dan menghantar butiran yang berkaitan kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my

4.7. Bagaimana jika tidak dapat menghubungi penumpang melalui WhatsApp?
Tidak semua penumpang mempunyai akaun WhatsApp, anda boleh terus menghubungi penumpang melalui panggilan telefon. (Updated 18 July 2018)

5.1. If the Taxi Driver car breakdown, why the Operator need to suspend for 3 hours job?

Because if the taxi driver car breakdown, they cannot pick-up passenger. So, we need to suspense the job so that no order will pass to this taxi driver.
Anda mempunyai 15 saat untuk menerima tugas yang diberi kepada anda.

Menerima tugas akan meningkatkan Kadar Penerimaan (AR) anda. Keadaan internet, memori telefon dan kelajuan pemproses akan menyebabkan tugas ditunjuk kurang daripada 15 saat. Kadar penerimaan dan pembatalan yang dikira dalam insentif mungkin tidak dapat ditunjukkan dengan segera disebabkan oleh penangguhan internet. Anda boleh semak pengiraan perjalanan anda sekali lagi pada pengakhiran satu hari.

Maklumat lanjut:
Eng: http://ezcab.com.my/index.php/ezcab-minimum-acceptance-cancellation-rating-starting-15th-march-2018/
Bm: http://ezcab.com.my/index.php/kadar-penerimaan-minimum-kadar-pembatalan-ezcab-starting-mulai-15-mac-2018/

6.1. Selepas pemandu menerima tugasan, penumpang tidak mampu menunggu sehingga pemandu sampai dan membatalkan tugasan tersebut. Mengapakah AR menurun selepas kejadian ini? (Updated 18 July 2018)
AR tidak sepatutnya menurun, sila laporkan kepada pusat panggilan dan kami akan melakukan penyemakan
Pemandu harus menyediakan :
  1. Nombor plat kereta.
  2. ID penempahan.
6.2. Mengapakah saya telah menerima tugasan yang lebih daripada 6km tetapi skrin biru dipaparkan?
Kerana anda merupakan pemandu yang terdekat kepada lokasi pengambilan penumpang. (Updated 11 July 2018)

6.3. Mengapakah alamat sistem dan alamat aplikasi Pemandu berlainan?
Sila laporkan kepada pusat panggilan, kami akan melakukan penyiasatan.
Pemandu perlu menyediakan :
  1. Nombor plat kereta.
  2. ID tempahan.
  3. Syot layar.
6.4. Bagaimana jika rekod pemandu hilang?
Sila laporkan kepada pusat panggilan, kami akan melakukan penyiasatan.
Pemandu perlu menyediakan :
  1. Nombor plat kereta.
  2. Shot layar.
6.5. AR pemandu tidak meningkat selepas menghantar penumpang?
Sila laporkan kepada pusat panggilan, kami akan melakukan penyiasatan.
  1. Nombor plat kereta.
  2. ID tempahan.
6.6. Bagaimana jika telefon pemandu lag?
Sila buka semula aplikasi EzDriver. (Updated 18 July 2018)

6.7. Bagaimana jika alamat lokasi pengambilan penumpang yang ditunjuk tidak lengkap?
- Pemandu dinasihatkan untuk menghubungi penumpang dan bertanya kepada penumpang lokasi tepat mereka. (Updated 18 July 2018)

6.8. Tugasan skrin biru terlalu jauh dan pemandu membuat keputusan untuk membatalkan tugasan tersebut. Bagaimana jika tugasan tersebut muncul lagi lebih daripada 3 kali selepas membuat pembatalan?
Pemandu perlu menerima tugasan tersebut dan menghubungi penumpang untuk bertanya adakah penumpang sanggup menunggu sehingga pemandu sampai. (Updated 18 July 2018)

6.9. Mengapakah alamat seremban kadang-kadang melebihi 10km?
Our system is always matching the nearest driver to passenger. While, you might be the nearest driver at that moment. (Updated 20 July 2018)

6.10. Mengapakah kredit pemandu ditolak apabila penumpang membatalkan tugasan?
Sila emelkan maklumat di bawah ke driversupport@ezcab.com.my.
  • ID tempahan
  • Tarikh tempahan (Updated 18 July 2018)
6.11. Bagaimana jika pemandu tidak mendapat tugasan walaupun telah berada pada kawasan aktif yang ditunjukkan oleh peta panas?
Peta panas hanya merupakan satu rujukan kepada pemandu yang menunjukkan bilangan pengguna yang berada pada atas talian. Kami akan membahagikan tugas dengan adil kepada pemandu yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut tentang peta panas, anda boleh melayari laman web EzCab
Eng : http://ezcab.com.my/index.php/demand-heat-map-tool (Updated 18 July 2018)
Bm : http://ezcab.com.my/index.php/heat-map-permintaan (Updated 18 July 2018)

6.12. Mengapakah pemandu tidak mempunyai tugasan? (Updated 18 July 2018)
Semua tugasan dibahagikan secara adil kepada Rakan Pemandu yang terdekat. Anda boleh merujuk kepada peta panas untuk bergerak ke kawasan permintaan tinggi untuk mendapatkan lebih banyak peluang tugasan.
Maklumat lanjut : https://goo.gl/U25H9U
7.1. Bagaimanakah Ez-wallet berfungsi?
  • Menerima insentif, Alipay dan Kad Kredit.
  • Klik EzWallet dari bar menu aplikasi pemandu.
7.2. Bagaimana untuk mengeluarkan tunai?
  • Membuka bar menu pemandu, klik EzWallet.
  • Klik Keluarkan Tunai.
  • Masukkan jumlah yang andah ingin keluarkan.
  • Klik Keluarkan Tunai.
  • Klik Pasti untuk teruskan. Klik batal untuk batalkan pengeluaran tunai
  • Pastikan akaun EzDriver anda didaftarkan bersama nombor akaun bank. Jika tidak, sila memberikan nombor akaun bank anda kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.
7.3. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk membuat pemindahan wang ke akaun pemandu?
  •  3 hingga 4 hari bekerja.
7.4. Tambah nilai kredit.
  • Buka bar menu pemandu, klik EzWallet.
  • Klik Tambah Nilai.
  • Masukkan amaun yang anda ingin tambah nilai.
  • Klik Tambah Nilai.
  • Klik Pasti untuk teruskan. Klik Batal untuk batalkan penambahan nilai.
7.5. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk Tambah Nilai kredit?
Serta merta.
Pautan tentang maklumat lanjut bagaimana Ez-wallet berfungsi?
Eng: http://ezcab.com.my/index.php/drivers-ezwallet-user-guide
Bm: http://ezcab.com.my/index.php/panduan-guna-ezwallet-pemandu
Dari segi pihak penumpang, bagaimana jika pemandu mengenakan caj yang berlebihan?
Jika penumpang telah menggunakan kod promosi, tetapi pemandu mengenakan caj harga asal, kami akan melakukan siasatan dan menggantikan kod promosi kepada penumpang. ( Sila menghantar ID tempahan kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my )

Dari segi pihak pemandu, di manakah kod promosi akan diterima?
Nilai kod promosi akan ditambah nilai ke baki kredit dengan serta merta di aplikasi pemandu.
Jika GPS anda tidak berfungsi, anda oleh mengambil langkah-langkah di bawah.
  • Menyemak lokasi anda di Peta Google
Android
Pastikan ia sepadan dengan lokasi semasa anda. Jika tidak, tanggalkan bekas atau penutup peranti anda dan meletakkannya berdekatan dengan cermin depan. Padamkan sebarang tetapan jimat bateri dan pastikan mod tetapan lokasi ditetapkan kepada ketepatan tinggi dalam aplikasi tetapan.
  • Kemaskini aplikasi peta anda
Buka tetapan, cari kemaskini perisian dan tekan kemaskini secara manual. Seterusnya, ia akan mencari kemaskini yang ada, dan kemaskinikan AndroidOS anda seperti yang diperlukan. Buka Gedung Google dan tekan pada Aplikasi & permainan saya. Jika ada kemaskini yang tersedia untuk aplikasi peta anda, tekan kemaskini.
  • Klik mod penerbangan untuk 5 minit
Android
Buka Tetapan aplikasi peranti anda. Di bawah Rangkaian tanpa wayar. Tekan mod penerbangan untuk membuka atau memadam.

iOS
Sapu ke atas dari bawah Skrin Utama untuk membuka pusat pengawalan, tekan mod penerbangan.
  • Tutup mod penerbangan dan cuba lagi.
Jika anda masih mempunyai masalah dengan GPS, anda mungkin mempunyai masalah dengan perkakasan GPS peranti anda dan perlu dihantar untuk perbaikian atau penukaran.
10.1. Bagaimana untuk menyemak IMEI?
Dial *#06#

10.2. Penukaran IMEI
Sila emelkan maklumat di bawah ke driversupport@ezcab.com.my.
  • Nombor kereta
  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • IMEI baru (Updated 18 July 2018)



10.3 Bagaimana jika nombor telefon yang diberi salah?
Sila emelkan maklumat di bawah ke driversupport@ezcab.com.my.
  • Nombor kereta
  • Nama penuh
  • Nombor telefon baru (Updated 18 July 2018)
11.1. Bagaimana untuk mendaftar sebagai EzDriver?
Ada 2 cara pendaftaran:
  • Terus datang ke pejabat EzCab. ATAU
  • Mendaftar di laman web EzCab.

11.2.  Akaun masih tidak aktif?
Pendaftaran akandisiapkan dalam 2 hingga 3 hari bekerja jika anda telah mendaftar dengan IMEI yang betul. Jika masih tidak aktif, sila menghantar nombor kereta dan IMEI kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.

11.3.  Pendaftaran atas talian tidak berjaya?
Sila menghubungi bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my. Antara sebab maklumat dalam sistem tidak dikemaskini adalah seperti berikut:
  • Menggunakan pautan yang salah untuk membuat pendaftaran.
  • Muat naikkan maklumat yang telah lupus tarikh.
  • Imej gambar terlalu besar.
  • Kereta buatan tahun 2009 dan ke bawah.
  • Mempunyai 10 saman. (Updated 18 July 2018)
  • Bukan kenderaan bawah senarai yang layak (contoh: Viva, Atos dan lain-lain)
  • Sekurang-kurangnya mempunyai 1 senarai hitam. (Updated 18 July 2018)
11.4.  Akaun telah diluluskan tetapi tidak dapat log masuk?
Akaun pemandu anda akan diaktifkan dalam masa 2 jam selepas menerima emel kelulusan. Jika masih tidak dapat mengguna aplikasi EzDriver, sila menghantar nombor kereta dan IMEI kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.

11.5. Jika saya mendaftar sekarang, berapakah caj komisen?
Mulai 8 Julai 2018, kadar komisen untuk Rakan Pemandu lama adalah seperti bawah:
  • Rakan-Pemandu kereta persendirian: 12%.(sah sehingga 31 Ogos 2018)
  • Rakan-Pemandu Teksi: Kekal seperti pakej yang didaftar.
11.6. Kawan saya ingin mendaftar selepas 31 Ogos 2018, bolehkah dia mendapat komisen 12%?
Daftar dan aktif bermula dari 1 September 2018
  • Untuk Rakan-pemandu persendirian: 15%.
  • Teksi Rakan-Pemandu: Kekal seperti pakej yang didaftar.

11.7. Adakah cara untuk membuat rayuan jika pemandu disenarai hitam?
Terus pergi ke ibu pejabat untuk membuat rayuan. (Updated 23 July 2018)
12.1. Apakah nama aplikasi pemandu?
  • EzDriver (tersedia pada Gedung Google).
12.2. Adakah aplikasi pemandu boleh diguna pada iOS dan android?
  •  EzDriver disedia untuk android sahaja.
12.3. Adakah nama aplikasi penumpang?
  •  Ya, namanya EzCab (tersedia pada Gedung Google dan Gedung Aplikasi).
12.4. Adakah aplikasi ini boleh diguna pada kedua-dua iOS dan android?
  • Ya, kedua-dua boleh dipakai.
13.1. Bagaimanakah pemandu kemaskini dokumen?
Jika dokumen anda hampir atau telah luput tarikhnya, Emel ke driversupport@ezcab.com.my dan lampirkan dokumen yang hendak dikemaskini seperti bawah:
  • Lesen pemandu.
  • Nota perlindungan insuran.
  • Cukai Jalan.
  • Nombor IMEI.
Semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
15.1. Di manakah pemandu harus mengambil penumpang dan menunggu, adakah pemandu perlu beratur?
Semua penempahan KLIA/ KLIA2 akan dibahagi dengan adil kepada pemandu yang terdekat. Kami tidak menggunakan sistem beratur.
16.1. Mengapakah komisen setinggi 15%?
Merujuk kepada undang-undang baru, komisen yang deiperlukan oleh kereta persendirian adalah sekurang-kurangnya 20%. (Updated 26 July 2018)

16.2. Mengapakah tambang begitu rendah?
Tambang berbeza mengikut keadaan seperti masa puncak, cuti am, cuaca dan lain-lain. (Updated 18 July 2018)

16.3. Mengapakah perjalanan insentif susah dicapai?
Struktur insentif akan bertukar setiap minggu. Untuk menerima lebih banyak tugasan dan mencapai insentif, sila rujuk kepada panduan peta panas di sini: https://goo.gl/U25H9U (Updated 18 July 2018)

16.4. Mengapakah pemandu yang tambang tetap menerima tambang mengikut meter?
Sila laporkan kepada pusat panggilan, kami akan menyiasat.
Pemandu perlu menyediakan:
  • Nombor plat kereta
  • Nombor kad pengenalan
  • Syot skrin
  • Model telefon
  • Versi aplikasi pemandu (Updated 18 July 2018)

16.5. Mengapakah tambang jangkaan sentiasa tidak tepat?
Tambang jangkaan dikira mengikut keadaan trafik biasa dan hanya digunakan sebagai rujukan. Tambang sebenar akan berbeza mengikut keadaan seperti keadaan trafik, cuaca, dan sebagainya.(Updated 18 July 2018)
17.1. Apakah ‘Q point’ yang berada dalam ‘tetapan’ aplikasi Pemandu? (Updated 23 July 2018)
Q Point digunakan oleh teksi pada sebelum ini, untuk masa sekarang, Q point tidak mempunyai fungsi bagi pemandu persendirian.