Jumaat, 15 Jun 2018
Struktur Insentif – eksklusif bagi SEMUA Pemandu seluruh negara!
Minggu yang ke-25! EzCab ingin memberi ganjaran sebagai bonus tambahan kepada SEMUA Rakan Pemandu.
Pelan Insentif Rakan Pemandu mingguan ini adalah untuk membantu anda untuk meningkatkan pendapatan.
Sila memahami kriteria, faedah, terma & syarat bagi meningkatkan pendapatan anda.
Please select the topic below
Insentif mingguan #25
Untuk menikmati insentif ini, anda HARUS mencapai minima 40 perjalanan dalam satu minggu.
Kriteria
Berada di atas talian dengan lebih kerap untuk maksimakan pendapatan
1 Minggu: Isnin 12:00am ke Ahad 11:59pm
Mencapai 40 perjalanan dalam satu minggu (purata 6 perjalanan/ hari)
Kadar Penerimaan minimum:
≥ 80%
Sebaik sahaja anda mencapai 40 perjalanan bagi minggu berkenaan, anda akan menikmati:
Rebat Ekstra 15% bagi semua perjalanan RM10 dan ke atas
+
2 Rakan Pemandu pencapai yang tertinggi dapat bonus ekstra
RM280
* Anda HARUS mencapai minima 40 perjalanan dalam satu minggu (ISNIN-AHAD). Jika tidak, anda tidak layak bagi struktur insentif ini.
Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan:
Contoh: Bagi Semua Pemandu.
* Sila pastikan anda membaca Terma & Syarat untuk membuat yang terbaik sebagai EzDriver di platform kami.
Terma dan Syarat:
- Struktur insentif ini sah untuk semua rakan pemandu seluruh negara.
- Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif ini, Rakan Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab atau pendaftaran dalam talian.
- Untuk melayakkan diri untuk menjadi 2 Rakan Pemandu pencapai yang paling tinggi & insentif rebat 15%, setiap pemandu mesti mencapai jumlah minima/maksimum perjalanan yang diperlukan setiap minggu dan mengekalkan kadar Penerimaan Minimum (AR) minimum 80% dan ke atas.. Rebat 15% hanya terpakai untuk tempahan dengan jumlah tambang yang diperlukan, tidak termasuk caj tol.
- Semua pengiraan tambang adalah berdasarkan pada harga paparan sistem aplikasi EzCab (harga sebelum diskaun kod promo). Pengiraan tambang tidak termasuk caj tambahan untuk tol dan apa-apa caj lain yang tidak termasuk dalam tambang aplikasi standard.
- Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
- Sekiranya terdapat penumpang yang berulang setiap hari, hanya perjalanan yang berlaku terlebih dahulu akan dikira.
- Jumlah perjalanan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari negeri yang anda daftar sahaja.
- Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
- Sistem akan mengira perjalanan mingguan anda dan rebat insentif akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).
Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:
- Pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun rebat yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
- Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
- Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (3) hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
- Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
- EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
- Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
- EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
- Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalamEzGo, EzCar, Budget (Meter), Premium, Executive and EzCar (L).
- Bagi tambang bukan tetap (contoh: Bajet (Meter)), anggaran tambang akan dikira dalam aplikasi. Oleh itu, untuk perjalanan demikian, rebat ekstra akan dikira berdasar tambang terendah yang dianggar. ( Contohnya: Jika anggaran tambang adalah RM10-16, maka RM10 akan digunakan untuk pengiraan rebat ekstra. )