Jumaat, 4 Mei 2018
Struktur Insentif – eksklusif bagi SEMUA Pemandu seluruh negara!
Minggu yang ke-19! EzCab ingin memberi ganjaran sebagai bonus tambahan kepada SEMUA Rakan Pemandu.
Pelan Insentif Rakan Pemandu mingguan ini adalah untuk membantu anda untuk meningkatkan pendapatan.
Sila memahami kriteria, faedah, terma & syarat bagi meningkatkan pendapatan anda.
Insentif mingguan #19
Kriteria
Berada di atas talian dengan lebih kerap untuk maksimakan pendapatan
1 Minggu: Isnin 12:00am ke Ahad 11:59pm
Kawasan mengambil penumpang: Dalam Malaysia
Faedah
Jumlah perjalanan mingguan yang dicapai:
Tahap 1: 40 perjalanan mendapat bonus tambahan RM80 net
Tahap 2: 55 perjalanan mendapat bonus tambahan RM120 net
Tahap 3: 70 perjalanan mendapat bonus tambahan RM360 net
* Setiap pemandu hanya layak mendapat insentif bonus untuk 1 tahap sahaja.
* Jumlah perjalanan akhir dan jumlah nilai bonus diperoleh akan dikira pada akhir setiap minggu pukul 11.59pm.
Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan:
Contoh:
* Sila pastikan anda membaca Terma & Syarat untuk membuat yang terbaik sebagai pemandu di platform kami.
Terma & Syarat:
- Struktur insentif ini sah untuk semua rakan pemandu seluruh negara.
- Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif ini, Rakan Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab atau pendaftaran dalam talian.
- Untuk melayakkan diri untuk insentif ini, setiap rakan pemandu mesti mencapai jumlah minima perjalanan yang diperlukan setiap minggu.
- Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
- Jumlah perjalanan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari negeri yang anda daftar sahaja.
- Setiap rakan pemandu hanya layak mendapat insentif bonus untuk 1 tahap sahaja.
- Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
- Sistem akan mengira perjalanan mingguan anda dan jumlah nilai bonus akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).
Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:
- Rakan pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun bonus yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
- Rakan pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
- Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (3) tiga hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
- Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
- EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
- Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
- EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
- Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalam EzGo (Fixed Fare) , Budget (Meter), EzCar dan Executive.