Jumaat, 13 April 2018

Struktur Insentif – eksklusif bagi SEMUA Pemandu!
(Klang Valley, Seremban & Johor Bahru)

Minggu yang ke-16! EzCab ingin memberi ganjaran sebagai bonus tambahan kepada SEMUA Pemandu.
Pelan Insentif Pemandu mingguan ini adalah untuk membantu anda untuk meningkatkan pendapatan (Diguna pakai untuk semua Pemandu Klang Valley, Seremban & Johor Bahru).

Sila memahami kriteria, faedah, terma & syarat bagi meningkatkan pendapatan anda.

Insentif mingguan #16

16 April – 22 April 2018

Kriteria

Berada di atas talian dengan lebih kerap untuk maksimakan pendapatan

1 Minggu: Isnin 12:00am ke Ahad 11:59pm

Kawasan mengambil penumpang: Klang Valley, Seremban & Johor Bahru

Faedah

Jumlah perjalanan mingguan yang dicapai:

Tahap 1: 38 perjalanan mendapat bonus tambahan RM50 net
Tahap 2: 55 perjalanan mendapat bonus tambahan RM100 net
Tahap 3: 65 perjalanan mendapat bonus tambahan RM360 net

* Setiap pemandu hanya layak mendapat insentif bonus untuk 1 tahap sahaja.

Jumlah perjalanan akhir dan jumlah nilai bonus diperoleh akan dikira pada akhir setiap minggu pukul 11.59pm.

Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan:

Contoh:

* Sila pastikan anda membaca Terma & Syarat untuk membuat yang terbaik sebagai pemandu di platform kami.

Terma & Syarat:

  1. Struktur insentif ini sah untuk semua Pemandu Klang Valley, Johor Bahru & Seremban.
  2. Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif ini, Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Seremban sahaja.
  3. Untuk melayakkan diri untuk insentif ini, setiap pemandu mesti mencapai jumlah minima perjalanan yang diperlukan setiap minggu.
  4. Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
  5. Jumlah perjalanan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari negeri yang anda daftar sahaja.
  6. Setiap pemandu hanya layak mendapat insentif bonus untuk 1 tahap sahaja.
  7. Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
  8. Sistem akan mengira perjalanan mingguan anda dan jumlah nilai bonus akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).

Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:

  1. Pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun bonus yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
  2. Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
  3. Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (3) tiga hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
  4. Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  6. Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
  7. EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
  8. Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalam EzGo (Fixed Fare) , Budget (Meter) and Executive.