Sabtu, 17 Feb 2018
Struktur Insentif – eksklusif bagi SEMUA Pemandu! (Klang Valley)
Minggu yang ke-8! EzCab akan melancarkan pelan Insentif Pemandu mingguan yang lebih menarik untuk membantu anda untuk meningkatkan pendapatan (Diguna pakai untuk semua Pemandu Klang Valley).
Sila memahami kriteria, faedah, terma & syarat bagi meningkatkan pendapatan anda!
Please select the topic below
Insentif mingguan #8
Untuk menikmati insentif ini, anda HARUS mencapai minima 25 perjalanan dalam satu minggu.
Kriteria
Berada di atas talian dengan lebih kerap untuk maksimakan pendapatan
1 Minggu: Isnin 12:00am ke Ahad 11:59pm
Mencapai 25 perjalanan dalam satu minggu (purata 4 perjalanan/ hari)
Kawasan mengambil penumpang: Klang Valley
Sebaik sahaja anda mencapai 25 perjalanan bagi minggu berkenaan, anda akan menikmati:
Rebat Ekstra 6% bagi semua perjalanan atas RM11
* Anda HARUS mencapai minima 25 perjalanan dalam satu minggu (ISNIN-AHAD). Jika tidak, anda tidak layak bagi struktur insentif ini.
Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan:
Contoh: Bagi Semua Pemandu.
* Sila pastikan anda membaca Terma & Syarat untuk membuat yang terbaik sebagai EzDriver di platform kami.
Terma dan Syarat:
- Struktur rebat insentif ini sah untuk semua Pemandu Klang Valley.
- Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif baru ini, Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab Kuala Lumpur sahaja.
- Untuk melayakkan diri untuk insentif rebat 6%, setiap pemandu mesti mencapai jumlah minima perjalanan yang diperlukan setiap minggu. Rebat 6% hanya terpakai untuk pekerjaan dengan jumlah tambang yang melebihi RM11, tidak termasuk caj tol.
- Semua pengiraan tambang adalah berdasarkan pada harga paparan sistem aplikasi EzCab (harga sebelum diskaun kod promo). Pengiraan tambang tidak termasuk caj tambahan untuk tol dan apa-apa caj lain yang tidak termasuk dalam tambang aplikasi standard.
- Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
- Jumlah perjalanan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari Klang Valley sahaja.
- Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
- Sistem akan mengira perjalanan mingguan anda dan rebat insentif akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).
Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:
- Pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun rebat yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
- Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
- Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (1) hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
- Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
- EzCab mengekalkan hak untuk menggantung pemprosesan mana-mana urus niaga misalnya di mana tingkah laku atau tempahan menipu dijumpa oleh Pihak Pengurusan (contoh: Tempahan palsu), siasatan dalaman EzCab akan dijalankan. Bergantung pada penemuan siasatan, pemandu boleh atau mungkin tidak layak daripada insentif rebat pendapatan.
- Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
- EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
- Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalam EzCab (Tetap), Bajet (Meter) dan Eksekutif.
- Bagi tambang bukan tetap (contoh: Bajet (Meter)), anggaran tambang akan dikira dalam aplikasi. Oleh itu, untuk perjalanan demikian, rebat ekstra akan dikira berdasar tambang terendah yang dianggar. ( Contohnya: Jika anggaran tambang adalah RM11-16, maka RM11 akan digunakan untuk pengiraan rebat ekstra. )