Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan Untuk Memberi Perlindungan Kepada Individu yang menjalankan Pekerjaan Sendiri.
Sebagai Permulaan Skim Ini Diwajibkanke Atas Pemandu Teksi Dan E-Hailing (Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang) Di Bawah Peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Aksps 2017) Berkuatkuasa Mulai 1 Jun 2017.
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia & Permastautin Tetap
- Perkhidmatan pengangkutan penumpang [Berdaftar dengan JPJ (APAD) atau LPKP (Sabah & Sarawak)]
Pembayaran Caruman:
- Boleh dibuat secara bulanan dan tahunan.
- Dibuat secara TUNAI di semua pejabat PERKESO atau online melalui www.iperkeso.my.
Langkah- langkah pembayaran secara online adalah seperti berikut:
- Layari iperkeso.my
- Daftar akaun iPERKESO .
- Lakukan pengesahan melalui emel.
- Lengkapkan butiran peribadi dan muat naik dokumen diperlukan.
- Pilih pembayaran melalui ‘’Financial Process Exchange’’.
- Muat turun resit.
Dokumen diperlukan untuk pembayaran:
- Lesen Memandu
- Kad PSV
- Kad Pemandu
- Surat kebenaran yang masih sah laku dari LPKP (Sabah & Sarawak)
- Maklumat/ Dokumen bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing seperti “Driver Profiles”
Jadual Caruman:
Faedah- faedah yang disediakan:
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pemulihan
- Faedah Pinjaman Pendidikan
Untuk maklumat lanjut, sila melayari www.perkeso.gov.my atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan 1300-22-8000 .
Terma dan Syarat:
- Struktur insentif ini sah untuk pakej 10%-15% rakan pemandu seluruh Malaysia.
- Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif ini, Rakan Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab atau pendaftaran dalam talian.
- 3.Untuk melayakkan diri untuk insentif ini, setiap rakan pemandu mesti mencapai jumlah tambang/ perjalanan minima yang diperlukan setiap minggu dan mengekalkan kadar Penerimaan Minimum (AR) minimum 80% dan ke atas. Rebat hanya terpakai untuk tempahan dengan jumlah tambang yang diperlukan, tidak termasuk caj tol.
- Semua pengiraan tambang adalah berdasarkan pada harga paparan sistem aplikasi EzCab (harga sebelum diskaun kod promo). Pengiraan tambang tidak termasuk caj tambahan untuk tol dan apa-apa caj lain yang tidak termasuk dalam tambang aplikasi standard.
- Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
- Setiap rakan pemandu hanya layak mendapat insentif rebat untuk 1 tahap sahaja.
- Penempahan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari negeri yang anda daftar sahaja.
- Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
- Sistem akan mengira perjalanan jumlah tambang mingguan anda dan rebat insentif akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).
Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:
- Pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun rebat yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
- Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
- Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (3) hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
- Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
- EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
- Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
- EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
- Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalamEzGo, EzCar, Budget (Meter), Premium, Executive and EzCar (L).
- 18.Bagi tambang bukan tetap (contoh: Bajet (Meter)), anggaran tambang akan dikira dalam aplikasi. Oleh itu, untuk perjalanan demikian, rebat ekstra akan dikira berdasar tambang terendah yang dianggar. ( Contohnya: Jika anggaran tambang adalah RM10-16, maka RM10 akan digunakan untuk pengiraan rebat ekstra.)