Selasa, 14 Ogos 2018
Program Jom GOYANG KAKI
Komitmen rendah, insentif tinggi.
Mengesyorkan anda kepada penumpang dan mendapatkan keuntungan insentif.
Sertailah program ini untuk mendapatkan keuntungan bersama!
Anda kini boleh membina rangkaian penumpang sendiri dengan menghantar kod rujukan!Selepas penumpang baru menggunakan kod rujukan anda, EzCab akan memberikan insentif kepada anda sebagai ganjaran.
Anda hanya perlu kongsi untuk mendapatkan keuntungan. Kongsi dan hantar kod rujukan anda sekarang untuk mendapatkan pendapatan secara pasif!
Bagaimana untuk hantar kod rujukan kepada penumpang?
Menghantar kod rujukan sebanyak mungkin untuk mendapatkan keuntungan.
Sila rujuk kepada langkah-langkah di bawah:
Langkah 1
Klik "Rujukan" pada menu aplikasi pemandu EzCab.
Langkah 2
Penumpang harus masukkan ‘kod rujukan’ anda pada aplikasi mereka.
Langkah 3
Penumpang dapat menikmati promosi dan anda dapat ganjaran insentif daripada EzCab.
Bagaimana untuk menyemak rekod insentif anda?
a. Rujukan mingguan = Jumlah penumpang yang telah anda rujuk pada minggu tersebut.
b. Perjalanan mingguan = Perjalanan yang telah dibuat menggunakan kod rujukan pada minggu tersebut.
c. Insentif mingguan= Jumlah insentif yang anda dapat pada minggu tersebut.
d. Jumlah rujukan = Jumlah penumpang yang telah anda rujuk sehinnga kemaskini terakhir.
e. Jumlah insentif = Jumlah insentif yang telah anda dapat sehingga kemaskini terakhir.
Contoh senario:
Jika pakej anda merupakan pakej bawah 10%, anda akan mendapat mesej seperti berikut.
Terma dan syarat
- Program Jom GOYANG KAKI hanya boleh disertai oleh pemandu dari seluruh negara yang berada dalam pakej 10-15% .
- Pemandu yang ingin menyertai program ini harus berdaftar di pejabat atau pada laman web.
- Pemandu yang ingin mendapatkan insentif haruslah sekurang-kurangnya mencapai 10 perjalanan setiap minggu dan mengekalkan peratusan penerimaan (AR) sekurang-kurangnya 40% atau ke atas. Pengiraan peratusan insentif tidak termasuk caj tol.
- Semua tambang kereta dikira mengikut harga yang ditunjukkan dalam sistem aplikasi EzCab (Harga sebelum diskaun). Harga tambang kereta tidak termasuk caj tol dan caj tambahan yang lain.
- Insentif akan dikira bermula setiap Isnin 12:00am, sehingga Ahad 11:59pm. Hanya perjalanan yang disiapkan dalam masa tersebut akan diambil kira.
- Pemandu hanya boleh mengambil penumpang di kawasan yang didaftarkan.
- Kenyataan insentif harian akan dikemaskini selepas 12.00am setiap hari.
- Tempahan yang dibatalkan (oleh penumpang/ pemandu) tidak diambil kira dalam jumlah perjalanan.
- Sistem akan mengira jumlah insentif mingguan anda selepas 12:00am pada setiap Isnin dan memindahkan kepada EzWallet anda.
- EzCab mempunyai hak untuk mengambil, memindah, dan membuat pemindaan pada mana-mana bahagian terma & syarat tanpa memberi notis. Sekiranya mempunyai sebarang percanggahan, EzCab mempunyak hak mutlak untuk membuat keputusan terakhir. Segala rayuan tidak akan dipeduli.
Mengeluarkan tunai/ Tambah nilai kredit:
- Pemandu boleh memilih untuk mengeluarkan tunai dari EzWallet atau menggunakannya untuk tambah nilai.
- Pemandu harus memastikan nombor akaun bank yang didaftar bawah akaun pemandu EzCab adalah sah dan dapat digunakan.
- Permintaan untuk mengeluarkan tunai akan disiapkan dalam 3 hari bekerja (kecuali cuti umum, sabtu, dan ahad) dan dipindahkan ke akaun bank anda.
- Tiada caj pemindahan wang yang akan dikenakan sehingga pemberitahuan lain.
- EzCab mempunyai hak mutlak untuk menarik insentif atau mengantung akaun pemandu sekiranya pemandu didapati berkelakuan tidak senonoh (seperti: bermain game, membuat tempahan palsu, dan mengenakan caj yang keterlaluan tinggi ke atas penumpang). EzCab mempunyai hak untuk membuat keputusan terakhir. Rayuan tidak akan dipeduli.
- Pelan insentif tidak boleh digabungkan dengan perjalanan sebelum dan tidak boleh dibawa ke minggu depan.
- Kecuali diberi notis pemberitahuan lain, program Jom GOYANG KAKI hanya boleh diguna pakai oleh EzGo, EzCar. Teksi (Meter), Premium, Eksekutif dan EzCar (L).
- Dalam kes menaiki tambang bukan tetap (cth. Teksi (Meter)), anggaran tambang yang dianggarkan akan ditunjukkan dalam aplikasi. Oleh itu untuk perjalanan yang berkelayakan, rebat tambahan akan dikira berdasarkan pada tambang terendah yang dianggarkan. (cth. Jika anggaran tambang untuk perjalanan yang berkelayakan ialah RM10 -16, maka RM10 akan digunakan untuk mengira untuk rebat tambahan.)