Membuat laporan tentang penumpang

4.1. Tiada wang untuk membuat bayaran?
Pemandu mempunyai hak untuk meminta penumpang membuat bayaran. Syarikat tidak akan membayar bagi pihak penumpang. Untuk maklumat lebih lanjut, kami harus meminta ID tempahan dan nombor kenderaan dari rakan pemandu untuk membuat siasatan lanjut.

4.2. Bagaimana jika penumpang pelbagai hentian tidak kembali tanpa membuat bayaran?
Jika menerima tugas pelbagai hentian,

  • Penumpang harus membuat 50% bayaran di hentian pertama dan membayar bakinya di hentian kedua.
  • Mengingatkan pemandu untuk mengumpul 50% bayaran sebelum penumpang turun kereta dari hentian pertama.
  • Nasihatkan pemandu untuk ingatkan penumpang bahawa, jika masa penungguan lebih daripada 10 minit, tempahan tersebut dikira batal secara automatik.

4.3. Bagaimana jika pemandu mendapat tempahan palsu?
Kami memerlukan rakan pemandu untuk memberikan ID tempahan untuk siasatan lanjut.

4.4. Bagaimana jika penumpang menyebabkan kerosakan?
Pihak syarikat tidak akan membuat ganti rugi bagi pihak penumpang. Rakan pemandu dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut dengan penumpang.

4.5. Bagaimana jika penumpang tidak muncul?
Dapatkan nombor telefon/ ID tempahan penumpang, operator boleh membantu untuk batalkan bagi pihak pemandu (jika perlu).

4.6. Bagaimana jika penumpang bertindak ganas terhadap pemandu?
Sila pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan, dan pergi ke hospital untuk membuat rawatan (jika perlu). Kami memerlukan rakan pemandu untuk memberikan maklumat di bawah kepada kami:

  • ID tempahan
  • Gambar bukti

Semua laporan di atas boleh dibuat dan menghantar butiran yang berkaitan kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.

4.7. Bagaimana jika tidak dapat menghubungi penumpang melalui WhatsApp?
Tidak semua penumpang mempunyai akaun WhatsApp, anda boleh terus menghubungi penumpang melalui panggilan telefon. (Updated 18 July 2018)

How It Works?

The map shows you where there are incoming Booking request:

  1. Red = Very High
  2. Yellow = High
  3. Green = Medium
  4. No colour = Low

How to use?

  • Use map to identify closest ‘High Demand’ area to where you are & heads towards there.
  • Zoom in & out on the map to identify specific ‘High Demand’ areas. At maximum zoom, you will see a dot.