Lokasi GPS tidak dijumpai

Jika GPS anda tidak berfungsi, anda oleh mengambil langkah-langkah di bawah.

  • Menyemak lokasi anda di Peta Google

Android

Pastikan ia sepadan dengan lokasi semasa anda. Jika tidak, tanggalkan bekas atau penutup peranti anda dan meletakkannya berdekatan dengan cermin depan. Padamkan sebarang tetapan jimat bateri dan pastikan mod tetapan lokasi ditetapkan kepada ketepatan tinggi dalam aplikasi tetapan.

  • Kemaskini aplikasi peta anda

Buka tetapan, cari kemaskini perisian dan tekan kemaskini secara manual. Seterusnya, ia akan mencari kemaskini yang ada, dan kemaskinikan AndroidOS anda seperti yang diperlukan. Buka Gedung Google dan tekan pada Aplikasi & permainan saya. Jika ada kemaskini yang tersedia untuk aplikasi peta anda, tekan kemaskini.

  • Klik mod penerbangan untuk 5 minit

Android

Buka Tetapan aplikasi peranti anda. Di bawah Rangkaian tanpa wayar. Tekan mod penerbangan untuk membuka atau memadam.

iOS

Sapu ke atas dari bawah Skrin Utama untuk membuka pusat pengawalan, tekan mod penerbangan.

  • Tutup mod penerbangan dan cuba lagi.

Jika anda masih mempunyai masalah dengan GPS, anda mungkin mempunyai masalah dengan perkakasan GPS peranti anda dan perlu dihantar untuk perbaikian atau penukaran.