Rabu, 4 Sep 2019
Ciri Masa-Tamat Pemandu
Tarik untuk ‘Buka Kunci’ apabila anda Bersedia untuk menerima tempahan!
Dengan peningkatan kadar permintaan yang tinggi dari pemandu, kami telah melihat bahawa ada sejumlah tempahan yang sering diabaikan. Hal ini akan menyebabkan masa menunggu yang lebih lama dan titik pengambilan penumpang yang jauh bagi pemandu lain.
EzCab memperkenalkan ciri baru “KUNCI DAN BUKA KUNCI” pada skrin. Ini adalah untuk memastikan semua pemandu berada dalam mod bersedia untuk menerima tempahan yang masuk. Hal ini menyumbang kepada masa penungguan yang lebih singkat dan peningkatan masa anda mendapat keuntungan.
Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik untuk kedua-dua pihak, penumpang dan pemandu!
Akan dipapar jika anda mengabaikan tempahan yang diberikan kepada anda.
Slaid “Buka Kunci” untuk terus menerima tempahan.
Nota: Jika anda tidak melakukan “Buka Kunci”, tidak akan ada tempahan masuk untuk anda.