Khamis, 1 Ogos 2019

Penyusunan Baru Tempat Pengambilan & Penurunan e-hailing di Lapangan Terbang Malaysia

Dikawal oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Sila tekan butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut

Tempat Pengambilan E-Hailing yang baru di KLIA

Dimaklumkan bahawa tempat pengambilan penumpang yang baru untuk Lapangan Terbang Kuala Lumpur iaitu Lapangan Terbang Antrabangsa (KLIA) & Lapangan Terbang Antrabangsa 2 (KLIA2).

Terdapat dua (2) lorong di KLIA

  • Lorong di Dalam - Untuk Teksi Bermeter sahaja. (Penumpang keluar dari Tingkat 1, Pintu 1 & Pintu 2) 
  • Lorong di Luar - Untuk pengambilan E-Hailing sahaja. (Penumpang keluar dari Tingkat 1, Pintu 3 & Pintu 4)

Pemandu yang memasuki lorong khas e-hailing perlu mengimbas kad “Touch ‘n Go” atau kad “Paywave”(Visa, Mastercard or Kad Debit).

Carta aliran pengambilan penumpang bagi kenderaan e-hailing di KLIA

Penyusunan Baru Tempat Penurunan E-Hailing di KLIA

Penumpang dan Pemandu perlu mengambil perhatian terhadap tempat penurunan e-hailing di KLIA:

Tempat Pengambilan E-Hailing yang baru di KLIA2

Tingkat 1, Pintu 5, Hab Pengangkutan, KLIA2

  • Kenderaan e-hailing hendaklah berhenti di pintu masuk untuk pengesahan sebelum dibenarkan masuk di kawasan pengambilan penumpang.
  • Bermula pada 1hb November 2019, penalti akan dikenakan jika melebihi masa menunggu.

Cara-cara:

Petunjuk Arah Jalan:

1. Bersedia memandu di Tingkat 1, Hab Pengangkutan.

2. Masuk ke lorong Platform dan memandu terus ke Pintu 5.

3. Bersedia untuk mengambil penumpang.

Kawasan Operasi E-Hailing di KKIA, Sabah

Dimaklumkan bahawa kawasan menunggu, tempat pengambilan dan menurunkan penumpang yang baru untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan berkuatkuasa pada 12 Julai 2019.

Lembaga LPKP Sabah telah mengambil keputusan bahawa operasi ehailing persendirian di KKIA hanya terhad seperti berikut:

Nota: Setiap pemandu e-hailing Persendirian yang berdaftar WAJIB untuk mempamerkan pelekat kenderaan ehailing termasuk W.P Labuan.