Jumaat, 27 Sep 2019
Struktur Insentif – eksklusif bagi pakej 10% - 15%
Rakan Pemandu seluruh negara!
Minggu yang ke-40! EzCab ingin memberi ganjaran sebagai bonus tambahan kepada Rakan Pemandu.
Menikmati insentif dalam 1 minggu untuk meningkatkan pendapatan !
Sila memahami kriteria, faedah, terma & syarat bagi meningkatkan pendapatan anda.
Please select the topic below
Faedah
Jumlah perjalanan mingguan yang dicapai:
Tahap 1: 30 perjalanan mendapat bonus tambahan RM35 net
Tahap 2: 60 perjalanan mendapat bonus tambahan RM70 net
Tahap 2: 85 perjalanan mendapat bonus tambahan RM200 net
* Setiap pemandu hanya layak mendapat insentif bonus untuk 1 tahap sahaja.
* Jumlah perjalanan akhir dan jumlah nilai bonus diperoleh akan dikira pada akhir setiap minggu pukul 11.59pm.
Kriteria
Berada di atas talian dengan lebih kerap untuk maksimakan pendapatan
1 Minggu: Isnin 12:00am ke Ahad 11:59pm
Mencapai perjalanan minima
Kadar Penerimaan minimum:
≥ 80%
Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan:
Contoh bagi insentif jumlah perjalanan.
* Sila pastikan anda membaca Terma & Syarat untuk membuat yang terbaik sebagai pemandu di platform kami.
Terma dan Syarat:
- Struktur insentif ini sah untuk pakej 10%-15% rakan pemandu seluruh Malaysia.
- Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif ini, Rakan Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab atau pendaftaran dalam talian.
- 3.Untuk melayakkan diri untuk insentif ini, setiap rakan pemandu mesti mencapai jumlah tambang/ perjalanan minima yang diperlukan setiap minggu dan mengekalkan kadar Penerimaan Minimum (AR) minimum 80% dan ke atas. Rebat hanya terpakai untuk tempahan dengan jumlah tambang yang diperlukan, tidak termasuk caj tol.
- Semua pengiraan tambang adalah berdasarkan pada harga paparan sistem aplikasi EzCab (harga sebelum diskaun kod promo). Pengiraan tambang tidak termasuk caj tambahan untuk tol dan apa-apa caj lain yang tidak termasuk dalam tambang aplikasi standard.
- Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
- Setiap rakan pemandu hanya layak mendapat insentif rebat untuk 1 tahap sahaja.
- Penempahan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari negeri yang anda daftar sahaja.
- Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
- Sistem akan mengira perjalanan jumlah tambang mingguan anda dan rebat insentif akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).
Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:
- Pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun rebat yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
- Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
- Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (3) hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
- Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
- EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
- Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
- EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
- Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalamEzGo, EzCar, Budget (Meter), Premium, Executive and EzCar (L).
- 18.Bagi tambang bukan tetap (contoh: Bajet (Meter)), anggaran tambang akan dikira dalam aplikasi. Oleh itu, untuk perjalanan demikian, rebat ekstra akan dikira berdasar tambang terendah yang dianggar. ( Contohnya: Jika anggaran tambang adalah RM10-16, maka RM10 akan digunakan untuk pengiraan rebat ekstra.)