Khamis, 22 Ogos 2019

Arahan Garis Panduan PSV E-Learning EzCab

A. Untuk pengguna yang belum berdaftar

Sila hubungi pihak EzCab supaya kami dapat menguruskan pendaftaran anda & anda boleh mempelajari e-PSV.

WhatsApp: +6018 240 6944

Emel: driversupport@ezcab.com.my

Daftar di sini: https://forms.gle/ziKtwqpfDCSnTVVt7.

Sila tekan butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut

B. Untuk pengguna yang telah berdaftar

Langkah 1. Log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang disediakan oleh EzCab.

Log Masuk: http://academy.ezcab.com.my/.

Langkah 2. Selepas log masuk, klik untuk pilih "E-Learning PSV".

Langkah 3. Klik butang “MENDAFTAR” untuk memulakan pembelajaran anda.

Anda akan dapat melihat kesemua topik pembelajaran yang perlu anda lalui seperti gambar rajah diatas serta cadangan masa untuk setiap topik.

Langkah 4. Anda perlu melengkapkan kesemua modul (Modul 1, 2, dan 3)

a.) Klik “Lengkap” apabila anda telah selesai setiap topik.

b.) Klik “Seterusnya” untuk meneruskan topik seterusnya.

Ulangi langkah (4a) & (4b) untuk setiap topik seterusnya.

Langkah 5. Setelah berjaya selesaikan kesemua topik, sila klik butang “SELESAIKAN KURSUS”. Sijil JPJL2C akan dijanakan secara automatik dan akan dihantar melalui emel anda.

Pihak EzCab akan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh ujian bertulis PSV selepas mendapat maklumbalas dari pihak JPJ.