Khamis, 2 Apr 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada Pemandu Teksi

Berikutan pengumuman oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Semua Pemandu TEKSI yang layak akan menerima bantuan sekali sahaja sebanyak RM600 dari Kerajaan dan akan dibayar pada 1 April 2020 dan seterusnya.

Bagaimana untuk menyemak Status?

Langkah 1: Semak di sini https://semakprihatin.treasury.gov.my/ 

Langkah 2: Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. I/C) & klik ‘Semak’

 

Langkah 3: Keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.

APemandu yang telah berjaya mendaftar untuk Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu memohon atau mendaftarkan permohonan baru.  Bantuan ini telahpun dimasukkan kepada akaun bank yang didaftarkan untuk Bantuan Sara Hidup

 

BPemandu yang layak tetapi tidak berdaftar dengan BSH, anda boleh memohon Bantuan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin RM600 di sini dengan memilih 'Daftar' & masukkan maklumat anda dan akaun Bank yang sah.


 

C. Pemandu yang menerima pulangan status di bawah, Sekiranya anda adalah Pemandu Teksi yang layak menerima Bantuan ini, anda boleh menghubungi Syarikat Teksi anda atau hubungi APAD / Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 1800-88-7723 atau Wasap 019-290 7723 untuk mendapatkan bantuan lanjut.

 

 

Sila emel driversupport@ezcab.com.my untuk bantuan lanjut, Terima Kasih.