Rabu, 2 Oct 2019

Permit Kenderaan E-hailing (EVP) Program Fasa 2

#BukitSamaDidaki

 

Kementerian Pengangkutan secara rasmi mengumumkan bahawa bermula 12 Oktober 2019 untuk menjadi pemandu e-hailing yang sah, setiap Pemandu perlu memiliki semua dokumen yang sah. Selepas menerima lesen PSV anda, anda perlu melengkapkan pemeriksaan kesihatan, PUSPAKOM, menambah insurans e-hailing, dan mengemukakan dokumen anda untuk memohon EVP.

Dengan peningkatan permintaan EVP dari hari ke hari, EzCab memperkenalkan Program Fasa 2 EVP untuk memastikan impak maksimum terhadap pengalaman pemandu dengan EVP terhad yang telah diedarkan secara sama rata, terutamanya kepada pemandu yang aktif.

Oleh itu, Program EVP Fasa 2 akan berkuatkuasa dari 1 Oktober 2019. Setiap Rakan Pemandu yang menerima EVP secara rasmi, mereka perlu memenuhi syarat-syarat di bawah ini untuk memastikan EVP terjamin untuk anda sendiri. Sekiranya mana-mana pemegang EVP tidak memenuhi syarat, EVP akan dilucuthakkan.

Keperluan

* Hari dikira berdasarkan 30 hari sebelumnya dari 1hb / 15hb bulan tersebut.

** Hari dikira bermula pada hari pertama terima EVP dari EzCab sehingga 30 hari berikutnya / tarikh tamat bulan berikutnya.

Contoh Senario untuk Rakan Pemandu SEDIA ADA : (Gagal untuk mencapai kriteria minimum)

Scenario 1: Pemandu Sedia Ada

cth. John adalah Pemandu sedia ada yang telah menerima EVP pada 28 Julai 2019. Selepas 30 hari iaitu diantara 1 September, beliau tidak memenuhi keperluan perjalanan yang dikehendaki (30 perjalanan). Jadi, beliau akan mendapat panggilan dari EzCab, untuk mencadangkan menambah nilai sebanyak RM55 untuk memastikan EVP beliau terjamin atau EVP beliau akan dilucutkan. 

Apabila Pemandu berhasrat untuk tambah nilai kredit dalam 14 hari, EVP tersebut berjaya dijamin sehingga 6 bulan seterusnya.

Contoh Senario untuk Rakan Pemandu BARU : (Gagal untuk mencapai kriteria minimum) 

Scenario 2: Pemandu Baru

cth. John adalah Pemandu Baru yang telah mendaftar sebagai Rakan Pemandu EzCab & telah menghantar semua dokumen untuk memohon EVP pada 22 September. Beberapa hari kemudian pada 28 September, John telah menerima  EVP beliau dari EzCab. Seterusnya, untuk tarikh tamat bulan berikutnya adalah pada 1 November. malangnya beliau tidak dapat memenuhi minimum keperluan perjalanan (40 perjalanan) pada 1 November. Jadi, beliau akan mendapat panggilan dari EzCab, untuk mencadangkan menambah nilai sebanyak RM55 untuk memastikan EVP beliau terjamin atau EVP beliau akan dilucutkan. 

Jika Pemandu berhasrat untuk tidak tambah nilai dalam masa 14 hari diberikan, EVP tersebut akan dilucutkan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan,boleh hantar emel ke driversupport@ezcab.com.my.