Isnin, 28 Mei 2018

Kadar Penerimaan minimum & Kadar Pembatalan EzCab
(Mengemaskinikan 28 Mei 2018)

Dengan peningkatan kadar muat turun dan penggunaan, kami perasan bahawa ada sejumlah tugas yang sering kali diabaikan. Hal ini akan menyebabkan masa penungguan yang lebih lama & titik pengambilan penumpang yang jauh bagi pemandu lain.

Oleh itu, selaras dengan usaha kami untuk memperbaikkan pengalaman anda, EzCab telah memperkenalkan kadar penerimaan minimum dan kadar pembatalan untuk menggalakkan lebih ramai pemandu untuk menerima tugas bila-bila masa mereka berada di atas talian. Hal ini menyumbang kepada masa penungguan yang lebih singkat dan peningkatan masa anda mendapat keuntungan.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pengalaman perjalanan terbaik untuk kedua-dua pihak penumpang & pemandu!

Sila rujuk jadual di bawah untuk penjelasan lebih lanjut:

Syarat Kadar Penerimaan (AR):

AR adalah petunjuk untuk membolehkan anda memantau penilaian keseluruhan anda. Semakin banyak pekerjaan diterima, semakin tinggi AR. Lebih banyak pekerjaan yang diabaikan atau dibatalkan, semakin rendah AR, maka semakin tinggi risiko penggantungan.

Tindakan akan diambil apabila anda mencapai tahap zon tertentu di bawah:

**Sila hubungi driversupport@ezcab.com.my untuk arahan lanjut

Syarat Kadar Pembatalan (CR):

CR hanya akan diguna pakai sekiranya pemandu membatalkan kerja yang sudah diterima di pertengahan.

Peringatan: Kadar Pembatalan akan mempengaruhi Kadar Penerimaan

Bagaimana mengetahui kadar penerimaan / pembatalan anda?

Latar belakang Biru

Contoh latar belakang biru:

Latar belakang Hitam

Contoh latar belakang hitam:

Peringatan mesra:

  • Tugasan EzCab akan sentiasa menyampaikan semua maklumat yang anda perlukan (Destinasi, Tambang) di mana-mana peringkat AR
  • Jika anda tidak dapat menerima tugas, sila menukar mod anda ke tiada atas talian atau mod bersedia supaya AR dan CR anda tidak akan terjejas.
  • Jika dalam apa jua keadaan, anda telah menerima tugasan pengambilan penumpang di bahu jalan, sila beralih ke mod anda ke tiada atas talian atau mod bersedia  sehingga anda tidak akan menerima pesanan yang akan menjejaskan AR anda.
  • Jika dalam apa jua keadaan, anda tidak boleh berada atas talian dengan aplikasi EzDriver anda dalam masa 3 hari, AR anda tidak akan terjejas. Walau bagaimanapun, AR anda akan terjejas pada masa akan datang jika lebih daripada 3 hari.

Marilah kita bekerjasama untuk menjadikan EzCab sebagai pengalaman perjalanan yang menyenangkan untuk semua orang!

Terma dan Syarat:

  1. Jadual di atas tertakluk bagi setiap pemandu untuk semua jenis perkhidmatan. Ini termasuk EzCab (Tambang tetap), EzCab Bajet (Meter) EzCab Eksekutif dan EzCab Mewah TOYOTA.
  2. Kadar tersebut tertakluk kepada semua pemandu  dari semua negeri. Termasuk Seremban, Johor, Melaka, Lembah Klang, Penang, Perak, dan Sabah.
  3. Sebarang nilai yang terdapat dalam Baki Kredit Pemandu & EzWallet akan dihapuskan sekiranya pemandu tersebut telah dilarang sepenuhnya dari penggunaan Aplikasi Pemandu. Hal ini termasuk TIADA pengaksessan dalam keluarkan tunai dari baki EzWallet pemandu yang sedia ada. Keputusan EzCab adalah muktamad dan konklusif – permintaan untuk membuat rayuan dan semakan atas kes ini tidak akan dilayan.
  4. EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan insentif mingguan Pemandu atau kebaikan masa depan pada bila-bila masa jika mana-mana tahap zon dicapai dan dikekal bawah AR pemandu.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan & menggantung akaun pemandu yang mencapai sesuatu tahap zon tertentu bergantung kepada syarat kadar.
  6. EzCab mempunyai hak tunggal untuk menghapuskan & menggantung akaun pemandu yang melakukan kegiatan yang dianggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh EzCab (contoh: tempahan palsu, dll.). EzCab adalah muktamad dan konklusif – permintaan untuk membuat rayuan dan semakan atas kes ini tidak akan dilayan.
  7. EzCab mempunyai hak untuk menghapuskan, menambah, atau mengubah mana-mana satu Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal. Jika berlaku percanggahan, EzCab mempunyai hak untuk membuat keputasan muktamad- permintaan untuk membuat rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  8. EzCab mempunyai hak untuk menggantung sepenuhnya Aplikasi Pemandu jika perlu. Walau bagaimanapun, hal ini tidak mengehadkan pemandu untuk mendaftar semula dengan EzCab.

FAQ

[accordions_pickplguins id="16892"]