Pendaftaran

11.1. Bagaimana untuk mendaftar sebagai EzDriver?
Ada 2 cara pendaftaran:

  • Terus datang ke pejabat EzCab. ATAU
  • Mendaftar di laman web EzCab.

11.2.  Akaun masih tidak aktif?
Pendaftaran akandisiapkan dalam 2 hingga 3 hari bekerja jika anda telah mendaftar dengan IMEI yang betul. Jika masih tidak aktif, sila menghantar nombor kereta dan IMEI kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.

 

11.3.  Pendaftaran atas talian tidak berjaya?
Sila menghubungi bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my. Antara sebab maklumat dalam sistem tidak dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Menggunakan pautan yang salah untuk membuat pendaftaran.
  • Muat naikkan maklumat yang telah lupus tarikh.
  • Imej gambar terlalu besar.
  • Kereta buatan tahun 2009 dan ke bawah.
  • Mempunyai 10 saman. (Updated 18 July 2018)
  • Bukan kenderaan bawah senarai yang layak (contoh: Viva, Atos dan lain-lain)
  • Sekurang-kurangnya mempunyai 1 senarai hitam. (Updated 18 July 2018)

 

11.4.  Akaun telah diluluskan tetapi tidak dapat log masuk?
Akaun pemandu anda akan diaktifkan dalam masa 2 jam selepas menerima emel kelulusan. Jika masih tidak dapat mengguna aplikasi EzDriver, sila menghantar nombor kereta dan IMEI kepada bahagian perkhidmatan kami di driversupport@ezcab.com.my.

 

11.5. Jika saya mendaftar sekarang, berapakah caj komisen?
Mulai 8 Julai 2018, kadar komisen untuk Rakan Pemandu lama adalah seperti bawah:

  • Rakan-Pemandu kereta persendirian: 12%.(sah sehingga 31 Ogos 2018)
  • Rakan-Pemandu Teksi: Kekal seperti pakej yang didaftar.

 

11.6. Kawan saya ingin mendaftar selepas 31 Ogos 2018, bolehkah dia mendapat komisen 12%?
Daftar dan aktif bermula dari 1 September 2018

  • Untuk Rakan-pemandu persendirian: 15%.
  • Teksi Rakan-Pemandu: Kekal seperti pakej yang didaftar.

11.7. Adakah cara untuk membuat rayuan jika pemandu disenarai hitam?  
Terus pergi ke ibu pejabat untuk membuat rayuan.(Updated 18 July 2018)