Khamis, 08 Feb 2018

Tawaran Insentif ALIPAY eksklusif untuk Pemandu EzCab sahaja!

Dengan kerjasama antara EzCab & Alipay, anda kini boleh mendapat keuntungan tambahan RM3 untuk setiap pelanggan Alipay. Ini adalah tawaran masa terhad (8 Feb hingga 31 Mac 2018), jangan ketinggalan peluang ini untuk mendapatkan keuntungan lebih banyak.

Rajah 1: Contoh penempahan baru yang mengguna ALIPAY sebagai cara pembayaran (dibulat merah)

Semua pembayaran Alipay yang diterima akan terus dimasukkan ke EzWallet anda (panduan EzWallet: https://goo.gl/ufNzrN). Anda boleh semak ganjaran tambahan RM3 dari ALIPAY untuk transaksi yang berkaitan pada halaman rekod EzWallet.

 

Rajah 2: Contoh rekod pemandu yang menunjukkan insentif Alipay pemandu (dibulat merah)

Terma & Syarat:

  1. Insentif untuk urus niaga pembayaran Alipay ini sah untuk SEMUA Pemandu EzCab di seluruh negara dari 8 Feb hingga 31 Mac 2018.
  2. Ganjaran Insentif Alipay hanya terpakai kepada urus niaga yang dibayar dengan Alipay dan jumlah tambang sebanyak RM6 dan ke atas (tidak termasuk caj tol) dan terhad kepada 6 (enam) urus niaga pertama sehari.
  3. Ganjaran Insentif Alipay RM3 tambahan akan ditambah secara automatik ke EzWallet Pemandu apabila berjaya mengimbas kod QR Alipay pelanggan.
  4. Ganjaran Alipay tambahan RM3 akan dibatalkan sekiranya:
    • Tempahan dibatalkan (sama ada oleh penumpang atau pemandu) membatalkan bilangan perjalanan.
    • Jumlah tambang adalah kurang daripada RM6.
    • Pembayaran Alipay tidak berjaya dan / atau perubahan kaedah pembayaran apabila perjalanan tamat.
    • Telah melebihi 6 urus niaga maksimum untuk hari itu.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  6. Ganjaran RM3 insentif Alipay tidak boleh dimasukkan ke dalam pelan Insentif Pemandu EzCab Mingguan.
  7. EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. -Rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.

Keluarkan tunai/ Tambah nilai kredit:

  1. Pemandu boleh memilih untuk menggunakan jumlah rebat akaun yang terkumpul di EzWallet untuk keluarkan tunai atau tambah nilai.
  2. Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftarkan dengan nombor akaun bank yang sah dengan pihak pengurusan EzCab.
  3. Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam tempoh masa satu (1) hari bekerja (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Awam) ke akaun bank berdaftar anda.
  4. Tidak akan ada caj bayaran pemindahan wang sehingga notis selanjutnya.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  6. Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan sebelum dan tidak dapat dikumpul dan dibawa ke minggu hadapan.
  7. EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. - Rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
  8. Kecuali dinyatakan sebaliknya, insentif hanya terpakai untuk perjalanan yang lengkap untuk EzCab (Harga Tetap), Bajet (Meter), MPV dan Eksekutif.