Juamaat, 30 Mac 2018

Struktur Insentif – eksklusif bagi SEMUA Pemandu! (Klang Valley, Seremban & Johor Bahru)

Minggu yang ke-14! EzCab ingin teruskan memberi ganjaran sebagai bonus tambahan kepada SEMUA Pemandu.
Pelan Insentif Pemandu mingguan ini adalah untuk membantu anda untuk meningkatkan pendapatan (Diguna pakai untuk semua Pemandu Klang Valley, Seremban & Johor Bahru).

Sila memahami kriteria, faedah, terma & syarat bagi meningkatkan pendapatan anda!

Please select the topic below

Insentif mingguan #14

2 April - 8 April 2018

Untuk menikmati insentif ini, anda HARUS mencapai minima 30 perjalanan dalam satu minggu.

Kriteria

Berada di atas talian dengan lebih kerap untuk maksimakan pendapatan

1 Minggu: Isnin 12:00am ke Ahad 11:59pm

Mencapai 30 perjalanan dalam satu minggu (purata 5 perjalanan/ hari)

Kawasan mengambil penumpang: Klang Valley, Seremban & Johor Bahru

Sebaik sahaja anda mencapai 30 perjalanan bagi minggu berkenaan, anda akan menikmati:

Rebat Ekstra 6% bagi semua perjalanan atas RM10

* Anda HARUS mencapai minima 30 perjalanan dalam satu minggu (ISNIN-AHAD). Jika tidak, anda tidak layak bagi struktur insentif ini.

Sila rujuk contoh di bawah untuk penjelasan:

Contoh: Bagi Semua Pemandu.

* Sila pastikan anda membaca Terma & Syarat untuk membuat yang terbaik sebagai EzDriver di platform kami.

Terma dan Syarat:

  1. Struktur insentif ini sah untuk semua Pemandu Klang Valley, Johor Bahru & Seremban.
  2. Untuk melayakkan diri untuk pelan insentif ini, Pemandu mesti berdaftar dengan pejabat EzCab Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Seremban sahaja.
  3. Untuk melayakkan diri untuk insentif rebat 6%, setiap pemandu mesti mencapai jumlah minima perjalanan yang diperlukan setiap minggu. Rebat 6% hanya terpakai untuk pekerjaan dengan jumlah tambang yang diperlukan, tidak termasuk caj tol.
  4. Semua pengiraan tambang adalah berdasarkan pada harga paparan sistem aplikasi EzCab (harga sebelum diskaun kod promo). Pengiraan tambang tidak termasuk caj tambahan untuk tol dan apa-apa caj lain yang tidak termasuk dalam tambang aplikasi standard.
  5. Struktur insentif mingguan akan bermula pada setiap Isnin 12:00am dan tamat pada Ahad 11:59pm.
  6. Jumlah perjalanan yang dikira termasuk perjalanan yang mengambil penumpang dari negeri yang anda daftar sahaja.
  7. Penempahan yang dibatalkan (tidak kira oleh penumpang atau pemandu) tidak akan dikira sebagai satu perjalanan.
  8. Sistem akan mengira perjalanan mingguan anda dan rebat insentif akan dimasukkan ke akaun EzWallet anda dalam masa 1-2 jam selepas tamat satu minggu (Ahad 11.59pm).

Keluarkan Tunai/Tambah Nilai Kredit:

  1. Pemandu boleh pilih untuk mengguna amaun rebat yang dikumpul dalam akaun EzWallet bagi tujuan tambah nilai kredit atau keluarkan tunai.
  2. Pemandu harus memastikan akaun EzDriver anda didaftar dengan nombor akaun bank yang sah dengan pejabat EzCab.
  3. Permintaan keluarkan tunai akan diproses dalam (3) hari bekerja (kecuali Cuti Umum dan Sabtu/Ahad) dan dipindah ke bank akaun anda yang didaftar.
  4. Tiada caj pemindahan wang ekstra sehingga notis selanjutnya.
  5. EzCab mempunyai hak tunggal & mutlak untuk membatalkan insentif & menggantung akaun Pemandu yang memaparkan kelakuan yang EzCab menganggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima (contoh: membuat tempahan palsu, mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan dan lain-lain). Keputusan EzCab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan - Permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
  6. Pelan insentif tidak boleh bergabung dengan perjalanan pendapatan sebelum dan tidak dapat dibawa ke minggu seterusnya.
  7. EzCab berhak menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya ada pertikaian, EzCab berhak membuat keputusan muktamad. Sebarang rayuan dan ulasan tidak akan dilayan.
  8. Melainkan dinyatakan, struktur insentif hanya dikira untuk perjalanan lengkap dalam EzCab (Tetap), Bajet (Meter) dan Eksekutif.
  9. Bagi tambang bukan tetap (contoh: Bajet (Meter)), anggaran tambang akan dikira dalam aplikasi. Oleh itu, untuk perjalanan demikian, rebat ekstra akan dikira berdasar tambang terendah yang dianggar. ( Contohnya: Jika anggaran tambang adalah RM11-16, maka RM11 akan digunakan untuk pengiraan rebat ekstra. )